Pernah viral sampai masuk Nona sebab hidap ‘DID’, gadis ada 20 personaliti tular belasah rakan
Baru-baru ini tular sekali lagi di laman Twitter, gadis yang mempunyai 30 personaliti dipercayai bertindak menampar dan memukul rakannya.
Video yang berdurasi 15 saat itu dikongsi sendiri oleh mangsa yang dikenali sebagai Meera menerusi story Instagram dan kini tular di laman Twitter.
Dulu viral sampai masuk NONA TV3 sebab ada DID katanya. Ada juga yang cakap dia bukan DID tapi DIY 🤔
So yang dia pukul anak orang ni alter dia yang mana satu?
Gangster betul! Mesti alter anak jantan ni. pic.twitter.com/xaYCXwACzg
— 🤎Arif E.🤎 (@arfdy12) August 11, 2023
Dicekik sehingga menyebabkan pendarahan pada muka!
Mangsa juga berkongsi di mana dia juga pernah dicekik sehingga mengakibatkan kecederaan di bahagian muka akibat sering dipukul.
Menerusi perkongsian di Twitter, rata-rata netizen bersikap tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan gadis tersebut yang dikatakan menghidapi penyakit mental yang dikenali sebagaiDissociative Identity Disoder (DID).
‘Sakit bukan tiket pukul anak orang!’
Walau bagaimanapun, ada juga yang mengatakan penyakit yang dihadapi gadis tersebut bukanlah tiket untuk dia bertindak memukul orang lain sesuka hati.
“Dua-dua bermasalah!”
Namun, menerusi laman Instagram Meera, dia bersyukur kerana mengambil tindakan meninggal dan menyekatrakannya itu di semua platform sosial medianya.
Dia juga berharap agar semua boleh mengambil iktibar dan kesedaran melalui kisahnya ini supaya meninggalkan hubungan yang toksik.
Sekadar info, gadis yang mempunyai penyakit Dissociative Identity Disoder (DID) ini pernah diwawancara rancangan televisyen, NONA disebabkan dia mempunyai 20 penyakit personaliti yang jarang dijumpai pesakit mental yang lain.