Pernah viral video gelek & gambar cium, kenali siapa Ira Kazar sebenarnya
Sejak akhir-akhir ini nama Ira Kazar panas diperkatakan apabila dikaitkan dengan pelbagai isu sensitif seperti penyondol, perampas, poligami dan sebagainya.
Lebih hangat lagi apabila pengarah Syamsul Yusof mengumumkan sudah pun sah bernikah dengan anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu sebagai isteri kedua di Thailand pada 6 Januari lalu.
Pengumuman itu telah membuatkan pelakon Puteri Sarah Liyana yang merupakan isteri pertama Syamsul juga menjadi tumpuan kaum wanita dan netizen selepas didakwa teraniaya kerana tidak mengetahui mengenai hal berkenaan sebelum ini.
Malah perbalahan antara Puteri Sarah yang merupakan ibu kepada dua orang anak dan Syamsul terus rancak di media sosial serta saling berbalas kenyataan mengenai rumah tangga mereka di Instagram.
Terdahulu, nama Ira Kazar juga sudah lama dipetik netizen serta Puteri Sarah sebelum ini apabila dituduh menjadi pemusnah rumah tangga pasangan itu.
Namun siapakah sebenarnya Ira Kazar? Melalui carian Gempak, berikut merupakan biodata wanita yang baru berusia 28 tahun ini:
Tapi pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana Ira Kazar dikenali? Difahamkan, Ira mula mengetengahkan diri dan bakatnya melalui nyanyian dan tarian di media sosial sehingga dia dikenali dan disukai ramai sehingga mempunyai banyak pengikut di Instagram dan TikTok.
Malah, menurut dari pencarian Gempak, Ira juga pernah menyertai uji bakat program realiti Akademi Fantasia 2016 (AF2016). Namun tidak berjaya menjadi finalis program berkenaan.
Bukan itu sahaja, jika diimbau kembali Ira sering dikaitkan dengan kontroversi apabila pernah menjadi tular gara-gara video bergeleknya dengan ghairah di media sosial pada tahun 2016. Video berkenaan menunjukkan Ira yang ketika itu belum bertudung telah bergelek dengan memakai seluar legging ketat sehingga menampakkan bentuk punggungnya yang menggoda.
Bapanya, Kazar kemudian dalam responnya kepada media ketika itu menyifatkan sebagai ia perlakuan biasa bagi seorang remaja yang meningkat dewasa namun turut meluahkan rasa kesal dan sedih dengan tomohan yang dilemparkan terhadap dirinya yang dianggap seolah-olah tidak tegas dalam mendidik anak.
Tidak lama selepas itu, nama Ira Kazar sekali lagi panas apabila memuat naik foto mencium pipi seorang lelaki di Insta Story miliknya. Dia dikecam teruk dengan perlakuan itu.
Namun Kazar sekali lagi tampil menjelaskan bahawa dia mengenali lelaki tersebut iaitu sepupu Ira. Bagaimana pun tetap akui ia kesilapan anaknya dan bakal menegur supaya ia tidak lagi berulang.
Ira sebelum ini seorang gadis yang tidak bertudung dan berambut panjang malah popular dengan imej seperti penyanyi Avril Lavigne.