Petua berkesan untuk halau ular & serangga dalam rumah!
Kalau ada ‘sarang’ ular di kawasan rumah, ini cara halau ular paling berkesan dan jimat anda boleh cuba lakukan. Bukan itu sahaja, penulis juga kongsikan beberapa cara lain untuk menghalau serangga seperti lipas dan anai-anai.
Ke semua tips di bawah hanya menggunakan bahan sedia ada di rumah. Jimat duit tak perlu beli yang baru. Nak tahu macam mana? Kena baca sampai habis.
CARA HALAU ULAR & SERANGGA LAIN DALAM RUMAH ANDA
1. Halau ular
– Sembur apa-apa pewangi atau penyegar udara tempat ular berada. Ular tersebut akan pergi dengan sendiri.
2. Halau lipan
– Letak garam halus atau kasar pada lipan. Selain itu, boleh juga tabur garam tersebut di kawasan lembap yang menjadi tempat kesukaan lipan.
3. Cara halau lipis
– Hiris daun salam halus-halus dan taburkan di tempat lipas berkeliaran. Lipas tidak akan kembali lagi di situ.
4. Halau anai-anai
Sembur air kapur sirih di mana anai-anai berada di rumah. Baik di dinding atau di perabot. Anai-anai akan mati akibat
kepanasan.
5. Halau tikus
Taburkan serbuk lada hitam pada tempat yang biasa ada tikus. Tikus akan menjauhi tempat tersebut.
6. Cara halau cicak
Sapu dan letak tembakau di celah dinding atau siling rumah. Cicak akan lari menjauhi rumah anda dengan serta merta apabila tercium bau tembakau tersebut.
7. Cara basmi tungau
Letakkan kulit durian atau bunga pandan di tempat tungau hinggap. Bau dari bahan tersebut boleh menyebabkan tungau mati. Berkesan!
8. Halau lalat
Hiris daun pandan menjadi potongan kecil. Letaklah di mana lalat selalu hinggap dan lalat pasti akan menjauhi kawasan tersebut.
9. Cara halau semut
Taburkan serbuk kopi pada kawasan yang biasa didatangi semut. Pasti selepas ini tiada lagi semut.
10. Halau nyamuk
Letakkan kulit limau pada tempat yang selalu menjadi tumpuan nyamuk. Ini akan menyebabkan nyamuk tidak lagi berani untuk mendekati kawasan tersebut.
Mudah kan? Selamat mencuba!