Petua nak jadikan nasi lemak sedap sangat-sangat, letak bahan ini masa kisar bawang

Petua nak jadikan nasi lemak sedap sangat-sangat, letak bahan ini masa kisar bawang

 

Kalau masak nasi lemak, sambal memang kena sedap sebab inilah hidangan utama.

Untuk itu macam-macam petua yang diberi untuk memastikan sambal nasi lemak enak.

Petua dari Rose Niey adalah salah satu daripadanya.

Ujarnya sambal nasi lemak yang dihasilkan ini bukan saja dipuji malah sentiasa diingat oleh orang tua iaitu mak ayah, dan nenek. Kalau orang tua pun suka maknanya memang sedaplah kan!

Jadi untuk mak-mak muda yang masih belum mahir buat sambal boleh ikut petua ni. Petua dari Rose Niey untuk menyedapkan sambal dia memasukkan segenggam ikan bilis ketika mengisar bawang.

Berikut perkongsian resipi dan petua oleh Puan Rose Niey sebagai rujukan;

Sedap sangat sampai orang kampung teringat

“Balik kampung, ros masak nasi lemak untuk mak, ayah & nenek. Diorang cakap sedap sangat-sangat, letak apa dalam sambal nasi lemak.

Gambar ikan bilis tak sempat snap sebab dah jadi lauk. Seminggu kat kampung ni kali ketiga mak suruh masak sambal ni untuk dia”.

Bahan-bahan:

  • 10 biji bawang merah
  • 3-4 biji bawang putih
  • Segenggam ikan bilis
  • 15 tangkai cili kering (cili kisar)
  • Gula Melaka
  • Gula
  • Asam gelugur
  • Ikan bilis
  • Garam

Cara membuat :

Kisar bawang merah dan bawang putih. Semasa kisah masukkan sekali segenggam ikan bilis. Blend kasar-kasar. Inilah yang menyedapkan sambal nanti.

Kemudian tumis bawang yang dikisar dengan ikan bilis. Bila dah betul-betul garing, baru masukkan cili kering kisar. Kacau sekali sekala je.

Masukkan nisan (gula Melaka), gula, asam gelugur.

Bila kuah dekat nak kering, masukkan ikan bilis, garam secubit. Perasa lain-lain nak letak pun boleh tak nak letak pun takpe.

TIP

Supaya sambal tak terpercik satu dapur guna api perlahan dan kacau sekali sekala saja.