“Pilih yang ringan & berbentuk bulat” – Ini tips nak beli durian supaya tak tertipu

“Pilih yang ringan & berbentuk bulat” – Ini tips nak beli durian supaya tak tertipu

 

Pastinya semua sudah sedia maklum bahawa pada ketika ini, musim durian telah pun kembali dan banyak gerai kelihatan menjual buahan eksotik tersebut di hampir seluruh negara.

Namun, lambakan penjualan buah durian pastinya membuatkan anda pening dan tidak tahu sama ada buah tersebut berkualiti dan menepati ciri durian yang enak dan berbaloi dengan harga yang dibayar.

Jom kami sediakan tips memilih durian yang terbaik berdasarkan daripada panduan yang dikeluarkan oleh Agri Data Portal.

1. Pilih durian yang lebih ringan

Tips pilih durian

Jika anda membandingkan dua buah durian yang mempunyai saiz yang sama, pilih yang lebih ringan kerana semakin berat buah itu semakin besar bijinya sekaligus membuatkan isinya lebih nipis.

2. Perhati pada tangkai durian.

Tips pilih durian yang sedap

Pilih tangkai durian yang lebih pendek dan tebal kerana ia menandakan isi yang tebal dan banyak. Tangkai durian harusla tidak terlalu kering kerana jika ia kering dan kecut maksdunya durian itu sudah lama.

3. Berbunyi bila digoncang.

Tips beli durian sedap

Kalau buah durian itu berbunyi apabila digoncang, ia bermaksud isi buah itu sudah matang dan kering. Isi durian yang lembik dan lembab akan melekat pada dinding kulit durian dan menyebabkan kurang bunyi bila digoncang.

4. Bau durian yang mengeluarkan aroma manis dan pahit adalah terbaik dan sudah masak.

Tips pilih durian yang sedap

5. Pilih durian yang mempunyai ‘belahan 5’ kerana isinya lebih banyak.

Tips pilih durian yang sedap

6. Elak beli durian ketika musim hujan.

7. Pilih durian berbentuk bulat.

Tips pilih durian

Durian yang berbentuk bulat memiliki isi yang lebih banyak berbanding yang berbentuk lonjong.

8. Elakkan membeli durian yang mempunyai duri panjang dan rapat-rapat.

Tips pilih durian

Selamat mencuba!