PKR hormati pendirian Umno, kekal usaha dapatkan semula mandat

PKR hormati pendirian Umno, kekal usaha dapatkan semula mandat

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil langkah menghormati kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Umno berkenaan keputusan yang dibuat untuk terus memberi komitmen dalam Kerajaan Perikatan Nasional.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan Setiausaha Agungnya.

KENYATAAN MEDIA
21 Oktober 2020

HORMATI KENYATAAN, KEKALKAN USAHA

KEADILAN mengambil maklum dan menghormati kenyataan yang telah dibuat Presiden UMNO hari ini.

Pada masa yang sama, kami akan mengekalkan usaha ke arah mengembalikan mandat rakyat dengan kebersamaan Ahli-Ahli Parlimen yang mendokong cita-cita dan harapan yang sama, iaitu untuk memperbetul halatuju kepimpinan negara terutama dalam usaha memerangi wabak Covid-19, menyuntik semangat dan membangun semula ekonomi, serta melipat gandakan usaha menyelesaikan masalah rakyat.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung KEADILAN