PN namakan Mas Ermieyati calon KM, Pas ‘dipaksa’ terima wanita sebagai ketua

PN namakan Mas Ermieyati calon KM, Pas ‘dipaksa’ terima wanita sebagai ketua

Teka-teki siapakah calon Ketua Menteri Melaka mewakili Perikatan Nasional terjawab sudah. Rafiq dan Mas Ermieyati merupakan dua nama yang disebut-sebut bakal dilantik seandainya PN memenangi PRN Melaka nanti.

Perikatan Nasional (PN) sebentar tadi mengumumkan Datuk Mas Ermieyati Samsuddin sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya parti berkenaan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Ia diumumkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PN, seperti dilaporkan oleh Sinar Harian.

Mas Ermieyati akan bertanding di Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dan akan ditentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hassan.

Bagaimanapun Pas dijangka berat hati untuk menerima keputusan ini. Ianya kerana calon yang dikemukan Muhyiddin adalah daripada seorang perempuan.

Pas sebelum ini semasa di dalam Pakatan Rakyat pernah menolak Datuk Seri Wan Azizah, presiden parti Keadilan dari dinamakan sebagai calon MB Selangor selepas memenangi PRK Kajang selepas berlaku pergolakan dalaman melibatkan penyandangnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tindakan Pas menerima Ermieyati dilihat menyanggahi ketetapan yang pernah dikeluarkan presidennya parti, Hadi Awang dan kepimpinan ulamaknya dahulu yang keras menentang mengangkat wanita sebagai pemimpin utama sesebuah kerajaan.