Puteri Sarah berpakaian serba putih hadir ke mahkamah, jalani proses lafaz cerai
Hari ini, berlangsungnya proses lafaz perceraian antara pelakon Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.
Semasa tiba kira-kira jam 9.20 pagi, Puteri Sarah kelihatan ceria dengan pakaian serba putih. Ketika ditanya mengenai hal itu, Sarah berkata putih adalah simbolik untuk kehidupan baru dan dia berharap dapat dilepaskan.
Puteri Sarah tiba di mahkamah
Putih ibarat merpati putih terbang tinggi. Kalau pergi mahkamah asyik pakai hitam, saya depresi. Putih melambangkan hidup baharu.
Menurut Sarah lagi, dia memakai baju baru khas untuk prosiding itu dan mengelak memakai baju hitam seperti kebiasaan pasangan bercerai.
Hari ini macam pertunjukan fesyen, tetapi ini bukan baju nikah saya. Ini baju baharu saya.
Sementara itu, Syamsul ketika tiba di mahkamah tak mahu memberikan sebarang komen dan meminta petugas media menunggu sehingga prosiding lafaz talak selesai.