Ramai meluat & ejek pengantin lelaki lengahkan sarung cincin, rupanya..
Video pengantin baru malu-malu kucing untuk bersentuhan buat kali pertama setelah diijab kabul sering kali viral di media sosial. Segelintirnya dianggap cringe oleh netizen kerana para mempelai seolah acah-acah segan walhal perbuatan sebegitu akan melambat-lambatkan majlis. Tidak ketinggalan, sepasang suami isteri bernama Aidil dan Maisarah turut berdepan isu sama.
Alahai pengantin ni malu-malu pulak
Beberapa hari lalu, video mereka di sesi sarung cincin telah menjadi perhatian ramai. Dek kerana tindakan si suami yang terlampau gemuruh dan lambat menggapai jari isterinya sehingga terpaksa dibantu orang lain, ramai menyifatkan mereka mengada-ngada disusuli 1001 ejekan lain.
@mashitahmashitah1 Alahai pengantin nie malu2 plk… Alhamdulillah selesai sudah… First time jmpa yg mcm nie… Selamat pengantin baru Maisarah dgn Aidil Ashraf… Semoga kekal bahagia…
@mashitahmashitah1 Syukur Alhamdulillah… Doa yg baik ii jaa…
Pengantin perempuan baru habis nangis
Namun di sebalik video itu, rupanya tersimpan banyak hal lain yang tidak ketahui netizen. Jelas empunya video, Aidil jarang berkawan dengan perempuan dan sebab itulah dia sepertinya kekok untuk menyentuh tangan si isteri. Berkaitan wajah Maisarah yang nampak tidak suka, sebenarnya dia baru habis menangis sejak sebelum sarung cincin lagi.
Ayah sebak waktu akad nikah
@mashitahmashitah1 Alhamdulillah… Dpt jodoh yg tepat utk ank nakan aq #Maisarah jodoh pilihan Allah… Org baik dpt jdoh pn yg baik ii…
Perempuan tu OKU…Rasa sedih bila ramai kecam mereka berdua
Lebih mengejutkan, orang terdekat mengesahkan kedua-dua pengantin ini sebenarnya berstatus ‘insan istimewa’. Sebab itulah reaksi yang ditunjukkan mereka menerusi dua rakaman itu tidak seperti raja sehari lain.