Ramai tak tahu ada 6 makanan yang tak boleh dimakan bersama durian

Ramai tak tahu ada 6 makanan yang tak boleh dimakan bersama durian

 

Musim durian sudahpun bermula. Pastinya raja buah-buahan ini bakal diburu ramai untuk mendapatkan rasa yang terbaik.

Sebenarnya ramai yang sanggup meredah kesesakan ke seberang koswe untuk merasai nikmatnya.

Namun di sebalik keseronokan memakan buah durian, orang ramai harus tahu pantang larangnya dan ia tidak boleh dimakan dengan makanan lain.

1. Coca Cola

Memang sedap untuk teguk air berkarbonat di tengah-tengah cuaca panas.

Namun, anda perlu ingat bahawa air berkarbonat mempunyai kafein.

Apabila potasium dari durian bergabung dengan kafein, ia akan mendatangkan kesan mudarat pada jantung, menurut Gempak.

2. Kopi

Anda boleh sahaja menikmati kopi bersama rakan-rakan, namun ia tidak harus diminum bersama durian.

Kandungan aktif kafein dalam kopi menyebakan jantung kita berdegup lebih laju dan menyebabkan suhu badan manusia lebih panas.

3. Susu

Tekanan darah pada tubuh akan semakin meningkat jika minum susu bersama durian, jelas Gempak.

Ini kerana durian juga memiliki kandungan sulfur yang dimiliki susu.

Oleh itu, jika ia dimakan bersama, tubuh kita tidak mampu untuk berfungsi sepenuhnya bagi mengeluarkan dan menghancurkan toksin.

4. Terung

Terung juga boleh menaikkan suhu tubuh badan manusia.

Ini terutama sekali apabila dimakan bersama durian.

Malah kesannya juga sama seperti kopi, lapor Gempak.

5. Ketam

Ketam mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi.

Ini juga serupa dengan buah durian yang mengandungi karbohidrat serta lemak tinggi.

Oleh itu, jika seseorang yang mempunyai kolestrol tinggi makan durian bersama ketam, ia secara tidak langsung akan memudaratkan kesihatan.

6. Daging lembu dan kambing

Daging lembu dan kambing memberi kesan panas pada suhu badan kita.

Jadi, ia sebaiknya tidak dimakan dalam waktu yang dekat dengan durian.

Gabungan ini akan membawa kepada keradangan pada tubuh anda.