Ramai tak tahu kegunaan kotak telur yang dapat bantu hilangkan bau busuk

Ramai tak tahu kegunaan kotak telur yang dapat bantu hilangkan bau busuk

 

Naik pening kepala dibuatnya apabila bangun sahaja tidur terus menghidu bau sampah satu rumah.

Bukan itu sahaja, sampah juga datang dengan ‘pakej’ berair padahal baru sahaja sampah dibuang.

Jangan risau, anda boleh cuba gunakan ‘sarang telur’ atau bekas telur dan diletakkan dalam tong sampah.

Nampaknya cara ini dapat mengurangkan bau sampah satu rumah dan juga tidak membuatkan sampah tersebut berair.

Jom cuba, pasti rumah pun wangi je!

JANGAN BUANG BEKAS TELUR, BOLEH GUNA ELAK BAU SAMPAH

Projek sarang telur untuk alas tong sampah. Dapat idea dalam group ni juga. Senang je nak buat ni:

1.Ambik sarung telur terpakai dan ukur pada bahagian bawah tong sampah.

bekas telur

2.Potong bagi muat-muat dengan saiz tong sampah anda ya.

3.Then, masukkan plastik sampah dan lapik pula dengan sarung telur yang sudah dipotong tadi. Fungsinya bagi serap air dan bau.

bekas telur

MEMANG TIPS BERGUNA!

Menjengah ke ruangan komen, nampaknya ramai dalam kalangan warganet yang sudah mencuba teknik ini.

Semuanya amat berpuas hati dengan teknik bekas telur dimana tong sampah kurang berair dan kurang berbau.

Daripada dibuang sahaja bekas telur ini, ada juga kegunaanya yang dapat memberi manfaat bukan?

bekas telur

Sumber: Nur Husna Shaikhun