Ramai tak tahu Sultan Nazrin adalah satu-satunya Sultan di Malaysia yang ada gelaran doktor, ini kisahnya…

Ramai tak tahu Sultan Nazrin adalah satu-satunya Sultan di Malaysia yang ada gelaran doktor, ini kisahnya…

 

Kata-kata yang diucapkan oleh wanita hebat yang sudah pasti menginspirasikan ramai orang diluar sana.

Bukan calang-calang, Tuanku Zara adalah anak kepada peguam terkemuka di negeri Perak dan Kuala Lumpur iaitu Datuk Salim Davidson dan Datin Sharifah Azaliah Syed Omar Shahabudin.

Baginda juga juga merupakan cicit kepada Sultan Kedah yang ke 24 iaitu Almarhum Sultan Hamid Halim Shah.

Baginda jugalah yang berjaya memikat hati Sultan Perak Ke-35 setelah lapan tahun berkenalan, baginda akhirnya sah diijabkabulkan dengan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah yang merupakan putera sulung , Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah bersama Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali.

Dan kemudiannya dikurniakan anakanda pertama, Yang Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah pada 14 Mac 2008. Anakanda kedua, Yang Mulia Raja Nazira Safya telah diputerakan pada tahun 2 Ogos 2011.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaku sultan negeri Perak yang ke 35 amat berilmu tinggi dengan pandangan dan buah fikirannya dalam pelbagai isu mencakupi politik, sosial, ekonomi, kemasyarakatan, agama serta isu semasa sering diikuti dengan penuh minat oleh rakyat selain menjadi bahan perbincangan ilmiah serta bualan orang ramai.

Baginda juga merupakan Felo Kehormat Universiti Cambridge, Worcester College, Universiti Oxford dan juga Magdalene College, Fellow Diraja Institusi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia; Fellow Diraja kepada Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia.

Putera raja berilmu tinggi dengan pandangan dan buah fikirannya dalam pelbagai isu mencakupi politik, sosial, ekonomi, kemasyarakatan, agama serta isu semasa sering diikuti dengan penuh minat oleh rakyat selain menjadi bahan perbincangan ilmiah serta bualan orang ramai.

Baginda merupakan Sultan berjiwa rakyat, baginda sering terlibat dalam program amal yang khususnya untuk membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.

Betapa bertuahnya rakyat negeri Perak punyai sultan sebegini rupa yang menjadi idola setiap rakyat pelbagai bangsa. Ini adalah antara koleksi gambar-gambar kenangan Sultan Nazrin ketika masih muda.

Sedikit selingan maklumat yang diberi untuk anda apabila anda menatap gambar-gambar Sultan Nazrin ketika muda ini, Sultan Nazrin diputerakan pada 27 November 1956 di George Town, Pulau Pinang dan baginda adalah anakanda putera sulung kepada Almarhum Sultan Azlan Shah (Sultan Perak ke 34).

Pada ketika usia baginda Sultan Nazrin berumur 28 tahun, Sultan Nazrin mendapat gelaran sebagai Raja Kechil Besar Perak Darul Ridzuan. Tarikh dan jangka masa memegang gelaran tersebut adalah bermula pada 16 Februari 1984 sehingga pada tarikh 15 April 1987, selama lebih kurang 3 tahun.

Pada 14 Oktober 2016, Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke 243 (Khas) di Istana Negara telah memilih baginda untuk dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia apabila Sultan Muhammad ke 5 dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong. Pelantikan itu berkuat kuasa 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.

Sedikit fakta menarik untuk anda berkenaan dengan Sultan Nazrin jika anda tidak tahu. Sultan Nazrin adalah sultan pertama yang ada PHD di Malaysia. Baginda berkelulusan dari Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Tidak hanya itu, Baginda juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England pada 1979 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 1984.

Pencapaian baginda amat membanggakan rakyat negeri Perak!