Ramai terkedu bila Norjuma Habib minta dipanggil ‘Datin Che Puan’

Ramai terkedu bila Norjuma Habib minta dipanggil ‘Datin Che Puan’

 

Satu klip video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed yang meminta wartawan memanggilnya dengan gelaran ‘Datin Che Puan Norjuma’ telah meraih perhatian ramai di media sosial.

Menerusi video berdurasi 33 saat itu, Norjuma yang juga usahawan tudung menyatakan dia selesa dengan panggilan itu dalam satu sesi temu bual bersama wartawan.

“Sebenarnya boleh tau kalau panggil saya Datin Che Puan Norjuma. I’m okay with that (saya okay dengan panggilan itu).

“Tapi kalau macam orang lain mungkin tak kisah dengan ‘title’ tu… Okaylah kalau dah kahwin dengan orang lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai status terkininya, Norjuma mengakui masih mempunyai suami namun tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Suami saya sekarang, ada lah. Suami saya sekarang mungkin suami orang dahulu,” katanya lagi.

@hariznazzir

Datin Che Puan Norjuma ? Datin Norjuma muncul di Kota Bharu. #newyork #norjuma #CopBorak

♬ original sound – Hariz Nazzir – Hariz Nazzir

Video terbabit telah meraih pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya berasa keliru dengan kenyataan usahawan tudung itu.

Screenshot 2024 07 04 123104 Screenshot 2024 07 04 123114 Screenshot 2024 07 04 123136 Screenshot 2024 07 04 123146

Terdahulu, Norjuma berdepan empat waran tangkap oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur gara-gara gagal hadir pada prosiding sebutan kes.

Namun, dia mendakwa terkejut dan menyifatkan perkara itu tidak masuk akal. Dia juga mendakwa hanya mengetahuinya melalui laporan media.

Sebutan kes itu berkaitan lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat, tujuh tahun lalu.