Ramai yang tak tahu Kapten Jack Sparrow sebenarnya adalah seorang Melayu Islam

Ramai yang tak tahu Kapten Jack Sparrow sebenarnya adalah seorang Melayu Islam

 

KETIKA mula-mula menonton filem terbitan Walt Disney Pictures ini saya sedikit tertarik pada beberapa corak yang terdapat pada senjata dan juga ukiran pada dinding kapal dalam filem ini.

Ada sesetengah daripadanya hampir menyamai ciri-ciri bangsa Melayu.

Namun, semua perhatian saya ini hilang begitu sahaja tidak lama selepas itu, sehinggalah saya terjumpa satu artikel daripada sebuah forum sembang.

Ini termasuk Terakol atau Tarkul yang merupakan antara senjata popular dalam kalangan pelaut, pedagang dan lanun Melayu. Ia juga tergolong antara senjata api Melayu yang berjaya digelapkan oleh pakar sejarah Barat.

Untuk rekod, Terakol ini pada awalnya hanya menggunakan sistem kancing roda di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’ untuk melepaskan tembakan.

Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk daripada satu lagi senjata silam Melayu bernama Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Datu Kesultanan Sulu di selatan Filipina.

Mereka menentang penjajah Sepanyol dan ia juga digunakan askar Brunei ketika menentang tentera Rajah Brooke. Terakol juga pernah digunakan pahlawan Melayu di Patani (kini sebuah wilayah di Selatan Thailand) dan Melaka

Hot Toys - Jack Sparrow

Selain itu, dalam Perang Naning, senjata ini turut digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.

Baca: 15.08.1511 Kisah Tersirat Melaka Dihina Portugis

Dalam kesemua lima sekuel filem Pirates of the Caribbean, dari keluaran tahun 2003 sehingga 2017, Captain Jack Sparrow lakonan mantap Johnny Depp tampil kacak waima dengan menggunakan Terakol jenis kancing batu api.

Mungkin ramai tidak tahu bahawa Ketua Lanun, Laksamana dan Syahbandar Melayu di gugusan Nusantara selama ratusan tahun dahulu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama sebilah keris mereka.

Teknologi flintlock yang dicipta oleh Barat maka ketika itu bertukarlah namanya dari Terakol atau Tarkul menjadi pistol. Mengenai latar belakang Sparrow, dia sebenarnya adalah seorang Melayu yang juga berasal dari alam Melayu.

Legenda lanun Melayu ini malah membentuk 19th Malays Regiment of British Royal Navy. Lebih 300 dokumen yang berkaitan kisah kapten Sparrow yang berbangsa Melayu ini turut berada dalam simpanan kerajaan penjajah British.

Rejimen khas tentera laut Melayu itu adalah kumpulan bekas lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka sebelum itu kerana keberanian serta kebolehan luar biasa yang dimiliki mereka termasuklah ilmu kebal dan ilmu batin.

Bahkan boleh menyelam lebih jam. Mereka diberi pengampunan daripada dihukum gantung dan diambil bekerja dengan British Royal Navy – di bawah rejimen tersebut yang diketuai oleh individu bernama Captain John Davie.

Pada 1813, rejimen ini melancarkan mutiny; iaitu pemberontakan dan rampasan atau pengambilalihan kuasa menurut istilah tentera, ke atas India yang mengakibatkan kemusnahan harta benda dan nyawa askar British.

Mereka malahan dilaporkan telah berjaya merampas 12 buah kapal laut British Royal Navy, sebelum kemudiannya berpecah jauh sehingga ada rekod sejarah menunjukkan kumpulan tersebut sudah sampai ke benua Amerika.

Dari tahun 1813 hingga 1842, saki baki kumpulan 19th Malays Regiment inilah yang bermaharajalela pula di Laut Arab dan Laut Utara di Britain, sehinggakan terdapat beberapa kes amukan lanun Melayu di Queen Dock London.

Separuh daripada anggota kumpulan tentera laut ini yang turut dirujuk sebagai Curse Regiment atau rejimen sumpahan ini juga telah diambil alih oleh Napolean Bonaparte untuk berperang melawan askar British sendiri.

Sejak itu, mereka dikenali juga sebagai Curse Regiment dengan slogan bourne to sails at sea in eternity… iaitu dilahirkan untuk belayar di laut selama-lamanya. Ia bukan ayat sumpahan, akan tetapi ia adalah satu pilihan.

Rejimen ini selepas mutiny menentang British di India, mereka tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman kerana orang kampung, pembesar dan sultan akan hukum bunuh mereka atas alasan ‘bersubahat’ dengan penjajah.

Dalam makna kata lainnya, mereka akan dianggap sebagai pembelot atau talibarut kolonial. Tidak hairanlah jika watak Sparrow ini diinspirasikan daripada nama Raja Lanun Dunia yang berketurunan Melayu suatu ketika dahulu.

Ini termasuk nama karakter Barbossa diilhamkan daripada seorang lanun berasal Turki, Barbarossa. Trivia dalam filem Pirates of the Carribean: At World End, watak-watak lanun dalam siri ini dibawa menuju ke Selat Melaka.

Malangnya ia disebut sebagai pangkalan Sao Feng dalam filem ini dengan menggantikan nama Selat Melaka, malah Temasik (nama asal Singapura) yang sepatutnya digunakan juga telah ditukar kepada sebutan moden ‘Singapore’.