Kuih seri muka merupakan ‘manisan’ tradisional Malaysia yang popular dan masih wujud sehingga hari ini.
Jika anda merupakan penggemar kuih ini, jom belajar membuatnya dengan resepi kuih seri muka oleh Puan Mariana Zainal.
Sudah alang kuih seri muka ini tular, berikutan tindakan seorang individu terkenal belajar membuat kuih ini sewaktu berada di luar negara, apa kata anda ikut sekali buat.
Menariknya resipi ini, pandan hijaunya lebih tebal dan enak!
Resepi kuih seri muka pandan versi hijaunya tebal
Jadinya, akak kongsikan resipi dan cara akak buat kuih ini. Ikut saja resipi dekat bawah ini. Insya Allah ‘anti gagal’.
Talam Seri Muka Pandan versi hijau tebal oleh Mariana Zainal. Serius lembut tau, dengan ingatan tulus ikhlas…jangan curang resipi.
Bahagian pulut (bawah)
- 1 1/4 cawan beras pulut (basuh dan toskan, kali ini saya tak rendam pun)
- 1 1/2 cawan santan sederhana cair
- 1/4 sudu teh garam
- 1 helai daun pandan (carik dan simpulkan)
Cara-cara:
- Panaskan air kukusan hingga mendidih.
- Sapu minyak pada loyang saiz 8×8 dan lapik plastik.
- Masukkan semua bahan dan kukus selama 25-30minit guna api yang besar.
- Bila dah siap buang daun pandan dan biarkan sekejap 5-10 minit
- Kemudian, tekan-tekan bagi padat (pastikan padat tau).
Bahagian atas (lapisan pandan)
**sila baca bahagian ini dan fahamkan**
- 3 cawan santan sederhana pekat – Kisar bersama 5-6 helai daun pandan dan secubit jintan manis (sikit saja tau dan tak nak letak pun tak apa). Pastikan cukup 3 cawan selepas ditapis ya.
- 3/4 cawan gula pasir
- 3 biji telur gred A
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu besar membukit tepung kastard
- 1 cawan tepung gandum dan tambah lagi 1 sudu besar tepung
- Gandum (saya guna brand Baker’s Choice dan Sauh saja tau)
- Sedikit pewarna hijau epal
Cara-cara:
- Satukan semua bahan dan tapiskan ke dalam periuk, kacau sebati guna whisk.
- Kemudian masak sekejap atas api perlahan sambil kacau guna whisk hingga naik wap (sekadar periuk tu dah rasa panas je..jangan lama tau).
- Tuang 1 atau 2 senduk atas pulut (follow video) dan kukus selama 7 minit-10 minit api sederhana perlahan. (JIKA NAK TUANG SEMUA ADUNAN HIJAU TERUS KE ATAS PULUT PUN BOLEH LAGI MUDAH)
- Buka tudung kukusan cucuk-cucukkan garfu semua permukaan hijau dan tuang baki adunan hijau.
- Teruskan mengukus selama 25-30minit.
- Setiap 7-10 minit buka tudung kukusan, lap bawah tudung dan teruskan mengukus. Ulang hingga siap.
- Apabila dah cukup masa, buka tudung kukusan, biarkan terdedah dan teruskan mengukus guna api besar selama 5 minit.
Siap! Selamat mencuba!
P/s: Pastikan seri muka dah betul-betul sejuk baru potong guna pisau plastik atau pisau biasa yang dibalut plastik.