Rupa-rupanya ini kisah sebenar asal usul gelaran Tan Sri

Rupa-rupanya ini kisah sebenar asal usul gelaran Tan Sri

Asal-usul gelaran Tan Sri

Apabila Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan dan berkerajaan sendiri, pada tahun berikutnya (1958) berlangsunglah acara penganugerahan Darjah Persekutuan yang pertama kali diadakan pada 19 Oktober 1958.

Pada waktu itu susunan Darjah-Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara adalah seperti berikut –
1. Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N) – gelaran Tun
2. Panglima Mangku Negara (P.M.N) – gelaran Datuk
3.Johan Mangku Negara (J.M.N) – tiada gelaran
4. Ahli Mangku Negara (A.M.N) – tiada gelaran
5. Pingat Pangkuan Negara (P.P.N) – tiada gelaran

Pada asalnya, gelaran Tan Sri belum wujud. Seseorang VIP itu sama ada dipanggil Datuk atau Tun sahaja.

Masalah bermula apabila Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman menyedari bahawa di Tanah Melayu ini (kemudiannya Malaysia) terlalu banyak gelaran Datuk/Dato’ yang dianugerahkan oleh 13 negeri. Jika termasuk kerajaan persekutuan maka ada 14 jenis Datuk/Dato’. (Secara umumnya gelaran Dato’ dikurniakan oleh negeri beraja manakala Datuk oleh negeri tidak beraja, kecuali Pulau Pinang yang gelarannya Dato’/Dato’ Seri).

Menjelang tahun 1965 Tunku sudah mula ‘serabut’ dan merasakan gelaran Datuk persekutuan perlu diganti dengan nama lain supaya dapat dibezakan gelaran Datuk persekutuan yang lebih tinggi berbanding Datuk negeri. Bagi Tunku, nilai Datuk persekutuan menjadi kurang berharga apabila negeri-negeri lain pun boleh beri darjah Datuk yang bunyinya sama. Ditambah pula kebanyakan negeri mempunyai gelaran Datuk Seri/Dato’ Seri, seolah-olah lebih tinggi darjatnya berbanding Datuk persekutuan.

Sebagai seorang anak raja Tunku Abdul Rahman mencari-cari nama baharu. Kita sudah ada gelaran Tun. Tunku mencadangkan gelaran Tan untuk darjah P.M.N kerana ada juga pembesar dahulu kala di zaman purba yang bergelar Tan. Misalnya di zaman Merong Mahawangsa ada pembesar yang dipanggil Tan Perkasa.

Pada tahun 30 Mac 1966, kerajaan persekutuan mengumumkan penukaran gelaran Datuk untuk P.M.N menjadi Tan.

Pengumuman itu menimbulkan pelbagai reaksi dan pertikaian dari pelbagai lapisan masharakat.

Pertamanya, gelaran Tan dilihat bermasalah juga. Kalau individu itu berketurunan Cina dan bernama Tan, seperti Tan Siew Sin, kalau beliau menerima gelaran Tan maka beliau akan dipanggil Tan Tan Siew Sin. Macam kelakar pula.

Kemudian ada satu lagi masalah. Ada orang India yang bernama Das/Dass seperti Kukathas Das atau Cyrus Das. Jadi kalau dia dikurniakan darjah P.M.N orang akan panggil dia Tan Das. Cuba sebut Tan Das laju-laju jadi bunyi apa?

Jadi untuk ada bunyi lain di tengah Tan itu maka beberapa hari selepas itu Tunku Abdul Rahman mengumumkan gelaran baharu untuk Tan ialah Tan Sri, berkuatkuasa 12 April 1966.

Serentak dengan itu juga kerajaan mengumumkan penambahan darjah-darjah baharu ‘Setia Mahkota’ seperti berikut:
1. Seri Setia Mahkota (S.S.M) – gelaran Tun
2. Panglima Setia Mahkota (P.S.M) – gelaran Tan Sri
3. Johan Setia Mahkota (J.S.M) – tiada gelaran

Sumber – FB