Rupanya ini punca visa Imran Bard ke US kena ‘reject’

Rupanya ini punca visa Imran Bard ke US kena ‘reject’

 

Influencer media sosial dan pencipta kandungan, Imran Bard meluahkan rasa sedih selepas permohonan visa untuk ke Amerika Syarikat telah ditolak.

Menerusi ciapan di X, Imran juga berputih mata apabila bayaran sebanyak RM888 untuk menjalani temu duga itu tidak berjaya selepas memberitahu pekerjaannya sebagai ‘content creator’ dan alasan melancong disana.

Menurut Imran, dia memohon visa untuk pergi menonton konsert Coachella yang akan diadakan pada April tahun hadapan di negara berkenaan.

Bagaimanapun, alasan mengapa ia ditolak tidak diberitahu.

Kisah sedih hari ini. Saya bayar RM888 hanya untuk temu duga tersebut.

Tanpa memberitahu saya sebabnya. Saya cuba tanya team servis mereka kata ‘kami tiada sebab yang tertentu’. Habis tu takkan duit aku ‘burn’ macam itu saja?

Dalam pada itu, Imran berpendapat temu duga berkenaan merupakan pengalaman yang paling mahal pernah dihadapinya.

RM888 untuk temu duga yang hanya dua saat adalah pengalaman yang paling mahal.

Korang, sekarang baru aku tahu kenapa. Aku single, 22, tak ada kerja tetap, tak ada gaji bulanan tetap dan kemungkinan aku tinggal di sana menggunakan visa pelancong dan tak balik adalah tinggi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Imran untuk memberikan alasan yang lebih kukuh untuk melancong ke negara itu.

Alasan tak kena Imran. Awak patut kata nak buat vlog tour di Amerika Syarikat (AS) atau merakam kenangan melancong di AS.

Awak punya alasan untuk melancong tu.

Dorang memang macam tu. Patut kena goreng sikit lagi.