Rupanya ini sebab kenapa kedai mamak selalu ramai pelanggan di waktu malam

Rupanya ini sebab kenapa kedai mamak selalu ramai pelanggan di waktu malam

 

Bagi yang biasa makan di kedai mamak pastinya tahu betapa ramainya orang pada waktu malam melepak bersama keluarga atau rakan.

Walaupun ramai orang tapi servis pekerja mereka dilihat sangat lancar, rupanya ada rahsia yang peniaga lain boleh contohi.

Seorang pengguna Facebook, Ismeth Alqalam berkongsi mengenai sistem layanan di kedai mamak. Di bawah adalah perkongsian tersebut.

Perkara paling penting yang mereka perlu mahir sebelum mula operasi, kerana sistem menentukan kelajuan servis.

7 RAHSIA SERVIS DI RESTORAN

Pekerja yang ambil pesanan dan menghantar makanan adalah staf yang berbeza. Masing-masing ada scok kerja tersendiri.

  • Staf ambil pesanan hanya ambil pesanan sahaja, sentiasa berdiri memerhati customer yang bakal tiba.
  • Bila pelanggan tiba harus di layan seperti raja tanpa mengira status.
  • Jika ada kanak-kanak terus ambil kerusi bayi tanpa pelanggan minta. Kadang-kadang terus bagi gula-gula pada kanak-kanak.
  • Bila selesai order,semua pesanan auto keluar di department masing-masing,minuman dan makanan.
  • Staf bahagian penghantaran sentiasa sedia untuk penghantaran.
  • Sekiranya pelanggan reject makanan atau minuman, pelayan terus tukar baru tanpa persoal siapa betul dan siapa salah.
  • Sentiasa peka memerhati customer yang sedang menjamu selera, bertujuan untuk bersedia jika customer nak request sesuatu, terutama ais kosong dan tisu.

Rata-rata warganet bersetuju dengan sistem tersebut dan mengharapkan peniaga lain untuk mencontohi sistem ini.

“Nombor tujuh tu betul. Jangan ambil hati tapi banyak kedai melayu, pelayan suka berkumpul dan berbual, bergurau sesama mereka.

“Kalau pelayan wanita ambil order mesti suka melayan customer lelaki dlm group. Suka diusik akhirnya yang lain lambat ambil pesanan, pelayan pula dua orang je,” komen Inah.

“Satu lagi staff dia tak ada nampak main telefon depan kita, walaupun tak disambut dengan senyuman manis tak adalah mereka layan kita macam pengemis,” ujar Zabidin.

“Minum satu gelas dua ke tiga jam pun mereka tak akan halau atau menyindir. Sebab mereka suka kedai nampak ramai orang,” tambah Mansor.

Nampak remeh tapi tak semua kedai amalkan sistem ini dan akhirnya yang menerima akibat adalah pelanggan, makanan sampai lambat dan bermasam muka.