Sam Bunkface jawab semua tuduhan bekas isteri, siap lengkap dengan bukti

Baru-baru ini, bekas isteri kepada vokalis kumpulan Bunckface, Sam iaitu Aida Azira Hussin meluahkan rasa tidak setuju dengan permohonan Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Muhammad Baharom untuk meminda nafkah anak mereka, Maleeq.
Tambahnya, anak mereka itu tidak dijaga sepenuhnya oleh bekas isteri kerana dihantar ke Melaka tanpa pengetahuan Sam.
Anak dijaga keluarga bekas isteri tanpa pengetahuannya
Abang kepada aktres Siti Salehah ini juga menyatakan yang Maleeq dijaga oleh keluarga bekas isteri tanpa pengetahuannya sedangkan Aida menetap di Kuala Lumpur.
Beberapa tangkapan layar mesej mereka berbincang perihal anak juga disertakan oleh Sam dan Aida dilihat tidak menyatakan secara tepat lokasi sekolah anak mereka kepada pelantun lagu Revolusi tersebut.
Tanya sekolah dekat mana tak beritahu
Tuduhan sudah lama tidak bertemu dengan anak juga disangkal oleh Sam kerana kali terakhir bertemu adalah pada hujung tahun lalu kerana kekangan jarak dan halangan oleh pihak bekas isteri.
Pelbagai inisiatif dilakukan oleh Sam untuk bertemu dengan anaknya termasuklah menghubungi sendiri ibu kepada Aida dan datang ke Melaka semata-mata mahu bertemu Maleeq.
Hubungi sendiri ibu Aida sebab nak jumpa Maleeq
Terima banyak ugutan dari bekas isteri
Dalam pada itu, penyanyi berkenaan juga memuat naik beberapa hantaran mesej dibuat Aida seperti mengugutnya dan meminta untuk dia berhenti menghubunginya lebih-lebih lagi apabila didesak perihal anak.
Susulan daripada itu, Sam mengakui terpaksa membuat pendedahan seperti ini kerana merasakan namanya tercemar dengan fitnah yang tidak tepat disebabkan kenyataan yang dilempar bekas isteri tempoh hari sewaktu di mahkamah.
Jadi, tindakannya berkongsi video dan penjelasan yang detail ini bagi memastikan orang luar tidak salah faham sehingga lebih banyak fitnah berlaku.
Dia juga berharap agar orang ramai dapat mendoakan semua urusan dipermudah dan dapat bersama dengan anaknya, Maleeq.