“Sampai berlubang badan” – Ibu dan boyfriend pengkid dera anak umur 7 tahun, kantoi lepas jiran serbu rumah
Menerusi rakaman yang tular di Twitter, seorang ibu dan teman lelakinya yang juga merupakan wanita berperwatakan lelaki teruk dimarahi oleh jiran tetangga selepas kantoi mendera anaknya.
Kejadian berlaku di sebuah perumahan di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang dan kedua-dua suspek dilihat menangis teresak-esak memohon maaf.
Salah seorang jiran berbaju hijau dilihat menengking dan meminta mereka membawa kanak-kanak itu keluar dari rumah terbabit.
Kau ada otak ke takde otak? – Jiran
Menerusi beberapa rakaman yang tular, mereka berdua agak panik apabila jiran datang ke sana dan tiba-tiba menyuruh kanak-kanak itu dibawa keluar.
Alangkah sedihnya hati semua orang yang berada di situ, mereka begitu terkejut menemukan kesan kecederaan serius pada belakang badan budak lelaki tersebut.
Mana anak awak? Bawa dia keluar sekarang…Memang perangai haram jadah – Jiran
Masih belum mengerti apa-apa, si anak menangis ketakutan apabila dikerumuni ramai orang disusuli dengan si ayah yang nampak semakin cemas.
Terlihat juga suami isteri itu menangis resah dan merayu budi bicara semua orang di situ.
Aku akan pastikan kau berdua masuk penjara
Mengenangkan penderitaan yang dihadapi oleh si anak, ada lelaki yang mula memarahi si bapa sehingga terpaksa ditenangkan jiran lain.
Melihat kesan kecederaan itu, kemungkinan ia adalah akibat perbuatan diseterika atau dicucuh dengan puntung.
Nekad membela nasib budak ini, mereka akan memastikan pasangan terbabit diheret ke muka pengadilan.