“Satu hari dia suarakan untuk atur percutian berdua, dengan alasan nak lebih mengenali hati budi masing-masing, hingga berlaku tragedi hitam pada diriku”
Nama saya Lisa (bukan nama sebenar), berumur 30 tahun, status ibu tunggal. Selepas di ceraikan dalam tempoh 6 tahun perkahwinan.
Punca perceraian adalah kerana tidak sehaluan dalam banyak perkara. Atas persetujuan masing2 akhirnya dua2 bersetuju untuk bawa haluan hidup sendiri. Hasil perkahwinan di kurniakan seorang anak, dan atas pesetujuan juga anak di bawah jagaan saya.
Dalam setiap perkahwinan setiap daripada isteri tentunya menginginkan suami yang boleh membimbing, mengajak ke jalan yang di redhai Allah.
Namun, itulah juga salah satu punca perceraian bila bekas suami selalu mempersoalkan tentang ibadah2 yang aku lakukan.
Memandangkan dia masih mengamalkan gaya hidup yang sudah biasa dari zaman kami bujang dan saya pula sudah berhijrah. Akhirnya saya akur, dan menerima bahawa jodoh tidak panjang. Dan percaya ketentuan Allah jauh lebih baik.
Sepanjang menjadi ibu tunggal, saya berusaha memperbaiki diri, menghadiri majlis2 ilmu, kerana niat betul2 mahu berubah dan mendalami agama.
Sehinggalah saya telah menemui seorang lelaki yang baik agamanya, akhlaknya, budi bahasanya, penampilannya bahkan mempunyai rupa paras yang boleh tahan. Saya namakan sebagai H.
Setiap hari berhubung melalui media social, whatsapp dan call, pasti ada isu2 agama, atau ilmu2 baru yang akan H kongsikan bersama saya.
Membuatkan saya semakin tertarik kepadanya. Namun, hasrat saya pendamkan memandangkan sedar status saya sementara dia pula lelaki bujang yang belum pernah berumah tangga dan sudah tentu pilihannya pasti anak dara juga.
Namun suatu hari, H menyuarakan bahawa dia sudi menerima diri ini apa adanya bersama anak untuk menjadi pendamping hidupnya dengan niat untuk membimbing. Lalu, hati mana yang tidak gembira bila rasanya seolah2 insan yang betul telah hadir di masa yang tepat.
Bahagianya bukan kepalang. Maka, janji2 pun terpateri. Bermacam2 rancangan yang dilakar untuk masa depan bersama termasuklah berjumpa keluarga masing2 pada perayaan berikutnya. Sehinggalah keserasian telah wujud di antara kami.
Satu hari, secara tiba2 H menyuarakan untuk mengatur percutian berdua. Dengan alasan untuk lebih mengenali hati budi masing2.
Mulanya hairan namun cuba berfikir positif mungkin percutiannya berlainan bilik. Kerana yakin dengan imannya, akhlaknya, mana mungkin orang beragama terfikir untuk mendekati zina.
Namun benarlah, syaitan itu penuh dengan tipu daya, penuh dengan muslihat. Percutian berdua akhirnya menjadi tragedi hitam dalam hidup. Dan tidak berhenti sampai di situ. Perkara yang sama terus berulang bila dua2 ada masa cuti yang sama.
Bercuti layaknya seperti pasangan yang sedang honeymoon. Berkali- kali harga diri di serah dan di janjikan akan di jadikan isteri bila sampai masanya. Setiap kali selepas bersama, malah H selalu menasihati agar solat taubat sungguh-sungguh.
Namun perjumpaan berikutnya benda yang sama tetap berulang juga. Tewas dengan nafsu. Sehinggalah suatu hari segalanya terbongkar.
Sebelum ini H mengatakan bahawa sayalah satu2nya wanita dalam hidupnya. Sungguh, saya lupa lidah orang beragama juga tidak bertulang. Sehinggalah hari di mana saya check handphone H, dan saya dapati terlalu banyak chat di messenger bersama wanita lain.
Wanita2 yang niatnya juga ingin belajar agama. Hancur hati saya bukan setakat di situ bilamana saya dapati satu nombor yang kerap kali H hubungi.
Saya ambil secara diam2 dan simpan untuk tujuan siasatan kelak. Akhirnya, saya buat panggilan mengajukan keraguan. Dan saya dapati rupanya H adalah tunangan orang dan mereka akan berkahwin dalam tempoh yang tidak lama lagi.
Ya Allah, sedihnya bukan kepalang. Sedih kerana selama ini di tipu dan kerana memikir maruah diri yang sudah di gadai.
Saya ajukan persoalan kepada H, dan hanya kata maaf yang mampu dia berikan. Dalam persimpangan di antara dua wanita, sudah jelas tentu dia akan memilih tunangnya. Saya juga jelas tentang itu.
Akhirnya hari ini, diri ini di buang seperti sampah yang paling jijik tanpa ada kata putus dan tanpa ada rasa tanggungjawab selepas semua yang terjadi.
Di block dari semua media sos**l, whatsapp, call. Allahu, tidak pernah terbayang sebegini kejam fikiran orang yang memanfaatkan pengetahuan agama untuk mengambil kesempatan ke atas wanita.
Selama melalui jalan buntu, ada masanya saya terfikir mungkin lebih baik saya tidak berhijrah. Kerana ujian untuk berhijrah ini betul2 berat. Namun syukur, keyakinan kepada Allah tidak pernah hilang dari diri.
Agama tidak pernah salah. Yang salah adalah apabila golongan2 seperti H terus memanfaatkan wanita2 yang ikhlas ingin berubah dan belajar agama.
Saya anggap ini sebagai pengajaran buat diri sendiri dan kongsikan kepada pembaca supaya selalu lah berhati2 dengan siapa kamu berkenalan/ berhubung.
Jangan terlalu cepat percaya dengan penampilan luaran, apatah lagi post2 keagamaan di media sos**l belum tentu menjamin kebaikan seseorang. Buat H, sekiranya kamu membaca ini maka saya berharap kamu insaf dan berubah.
Berhentilah menarik, mengambil kesempatan dan merosakkan wanita yang betul2 ingin belajar agama. Buat para pembaca, khususnya wanita, berhati2la dengan siapa kamu berhubung/ berkenalan. Kerana belum tentu yang baik agamanya itu baik juga dalamannya.
Selain saya ramai lagi wanita2 yang saya dapati berhubung dengan H melalui apps messenger/ whatsapp. Semoga kalian tidak terpedaya dan menjadi mangsa seperti saya.
Luaran dan postnya nampak baik, namun hakikatnya, syaitan bertopengkan manusia. Berhati2lah wahai hawa, Semoga tidak ada lagi wanita yang jadi mangsa seterusnya.
Doakan saya supaya terus kuat dan terus tabah. Kerana apa yang merisaukan saya ialah sekiranya hasil hubungan haram itu meninggalkan benih di dalam rahim saya. Nauzubillahiminzalik.
Semoga Allah melindungi saya daripada takdir yang lebih buruk. Doakan saya. – Lisa (Bukan nama sebenar)