Seakan hotel 5 bintang, netizen terpegun tengok bilik tidur anak Che Ta

Seakan hotel 5 bintang, netizen terpegun tengok bilik tidur anak Che Ta

 

Berumur 8 tahun, Aaisyah Dhia Rana yang merupakan satu-satunya anak perempuan Rozita Che Wan sering menjadi perhatian ramai.

Meskipun masih kanak-kanak, dia sangat pandai melaram persis ibunya dan kuat berceloteh dengan loghat Utara.

Bilik anak Che Ta macam bilik dalam hotel 5 bintang…

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok bernama Nur Khalaf berpeluang datang ke rumah Che Ta dan melawat masuk ke bilik tidur Ecah.

Dengan tema pink ala-ala puteri dongeng, terlihat ruangan kamar itu sangat luas dengan bilik air khas di sebelah kanan belakang.

Heavennnnn hangpa, nak jadi anak Che Ta juga..Cantiknyaaaa

Bukan sahaja ada sebuah katil bersaiz besar, bahkan kemasukan ke ruangan tandas juga mengejutkan si perakam.

Sekilas pandang, mungkin ada yang tidak perasan ruangan ekslusif itu sebenarnya merupakan kawasan mandi.

Sejak dikongsikan semalam, rakaman tersebut berjaya meraih lebih 1.7 juta jumlah tontonan.

@nurkhalaf

Heaven nya ampaaaaa Nak jadi anak Che Ta gak lah!

♬ original sound – Nur Khalaf – Nur Khalaf

Tandas dia lagi besar dari bilik kita…Dalam tandas pun boleh tidur

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen kagum dengan tema bilik itu yang nampak mewah termasuklah sampai bahagian bilik air.

Bahkan, ada yang berseloroh ruangan tandas boleh dijadikan tempat tidur.

Rata-ratanya turut bergurau membandingkan tandas bilik Ecah jauh lebih besar daripada ruang tamu rumah mereka.