Sebalik babak kejar kereta dalam drama ‘Jaga Aku Selamanya’, Adi & Yeye rupanya memang adik beradik sebenar

Sebalik babak kejar kereta dalam drama ‘Jaga Aku Selamanya’, Adi & Yeye rupanya memang adik beradik sebenar

 

Selepas 13 episod bersiaran, drama ‘Jaga Aku Selamanya’ telah pun melabuhkan tirai dengan penamat yang cukup sebak dan menyentuh hati.

Selepas bertahun-tahun meringkuk dalam penjara atas kesalahan yang tidak dilakukannya, watak Maya kembali disatukan dengan anak-anaknya di pusara Azhar.

Pak Ehsan layak jaga sorang je sebab tak mampu…Adi pilih untuk jaga diri sendiri

Tak dinafikan, babak perpisahan antara Adi dan Yeye paling meruntun jiwa dalam episod akhir semalam.

Memandangkan pihak berwajib hanya benarkan Pak Ehsan ambil salah seorang daripada mereka sahaja sebagai anak angkat, maka dia mengalah agar keselamatan adik perempuannya terjamin.

Siapa sangka…Adi & Yeye memang adik-beradik sebenar di luar set penggambaran

Sebalik babak menyentuh hati tersebut, tahukah anda bahawa kedua-dua pelakon cilik itu rupanya memang ada pertalian adik-beradik sebenar.

Malah setiap kali Putri Iesya (Yeye) alami bad mood di set penggambaran, Dzul Hadziq (Adi) pasti ceriakan adik kesayangannya sekali gus melancarkan lakonan masing-masing.

@sipipitpunyatiktok

Replying to @mama mia🌸🌸 ya mereka adik beradik betul 👦👧 #jagaakuselamanya

♬ original sound – sipipitpunyatiktok – sipipitpunyatiktok

Patutlah muka sama, comel pula tu…sampai teriaklah tengok episod semalam

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen seolah-olah dapat meneka perkara itu disebabkan paras rupa kedua-duanya saling tak tumpah.

Tahap lakonan 2 beradik ini juga dipuji ramai, kerana mampu buatkan penonton dewasa mengalirkan air mata ketika menonton episod akhir semalam.