Sedih kenang nasib isteri pertama Zainal Abidin, anak saudara mula buka mulut

Sedih kenang nasib isteri pertama Zainal Abidin, anak saudara mula buka mulut

 

Sejak kebelakangan ini, kontroversi melibatkan perkahwinan kedua bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan dengan penyanyi, Fyna Jebat menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet.

Malah, timbul isu mengatakan berlaku pertelingkahan antara isteri pertama, Datin Zalina Zaini dan Fyna di sebuah restoran di Shah Alam, baru-baru ini.

Terbaru, individu yang dipercayai anak saudara kepada Zalina memuat naik sebuah hantaran yang mengenang nasib ibu saudaranya.

Menerusi hantaran @yungsbrna, dia menzahirkan rasa sedih apabila terjumpa video ketika menyambut ulang tahun kelahiran ibu saudaranya itu.

“Found this video in my drafts and this made me tear up so much. You don’t deserve any of this maklong (Zalina), you deserve all the happiness in the world,” luahnya.

Bukan itu sahaja, anak saudaranya itu turut menyatakan bahawa Zalina tidak layak untuk diperlakukan sebegini selepas 38 tahun usia perkahwinan.

“38 years of devoting your whole life to your family, and this is what you get in return? Men aint shit and penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni,” ujarnya di ruangan kapsyen video.

@yungsbrna

found this video in my drafts and this made me tear up so much. you don’t deserve any of this maklong, you deserve all the happiness in the world. 38 years of devoting your whole life to your family, and this is what you get in return? men aint shit and penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni.

♬ original sound – MVM Music – MVM Music

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dengan nasib Zalina malah ramai memuji kecantikan wanita yang berusia 61 tahun itu.