Sejarah nasi lemak, makanan kebangsaan Malaysia yang ramai tak tahu

Sejarah nasi lemak, makanan kebangsaan Malaysia yang ramai tak tahu

 

Di Malaysia, nasi lemak mempunyai rekod sejarah seawal tahun 1909 oleh Richard Olaf Winstedt, seorang pentadbir kolonial.

Jika bunga raya menjadi bunga kebangsaan Malaysia, nasi lemak pula seharusnya diiktiraf sebagai makanan kebangsaan Malaysia.

Pastinya ramai yang membesar dengan makanan ini sehingga menjadi sajian harian terutama dikawasan bandar.

Rasanya nasi yang lemak dan beraroma daun pandan berserta sambal tumis ikan bilis, telur rebus ataupun telur goreng, kacang goreng dan timun, setiap suapan terasa begitu nikmat sekali.

Ada yang kata nasi lemak menggemukkan. Sebenarnya tidak tepat, nasi lemak rendah indek glesimik(G.I) sekitar 50-60 sahaja.

Pada zaman dahulu, nasi lemak akan dimasak menggunakan kayu api yang sederhana menggunakan kaedah kukus.

Selain santan, nasi turut dimasak bersama bawang putih, halia dan serai bagi meningkatkan lagi aroma dan rasa serta khasiat kesihatan pada badan nasi tersebut.

Daun pisang digunakan sebagai bungkusan, nutrisi anti oksidan daun pisang akan menyerap kedalam nasi.

Daun pisang juga dapat mengekalkan kesegaran nasi dan mengelakkan dari menjadi basi dengan cepat.

Kini nasi lemak telah menjadi makanan bertaraf antarabangsa apabila hotel hotel ternama dan syarikat penerbangan turut menyajikan makanan hebat ini.

Nasi lemak turut didapati diluar negara seperti Australia, Amerika Syarikat, Jepun dan England.