Sejarah pembinaan Jambatan Pulau Pinang, diiktiraf struktur paling seksi di dunia

Sejarah pembinaan Jambatan Pulau Pinang, diiktiraf struktur paling seksi di dunia

 

Saya akan berkongsi cerita tentang salah satu ikon kebangaan negara dan juga logo yang diabdikan dalam jata negara iaitu Jambatan Pulau Pinang.

Jambatan Pulau Pinang (Exit 36) merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan keempat terpanjang di Asia Tenggara.

Jambatan ini mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut.

Ia menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Jelutong, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.

Sebelum tahun 1985, untuk pegi ke seberang, pengangkutan utama adalah feri yang kita naiki dari dulu hingga kini.

Untuk pengetahuan semua, jambatan Pulau Pinang ni mula dibuka pada 14 September 1985 untuk kenderaan awam.

Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta.

Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.

Jambatan Pulau Pinang dilengkapi dengan empat buah menara di tengahnya, berdiri setinggi 33 meter dari paras laut, dan diperteguhkan dengan kabel konkrit seperti Golden Gate Bridge yang dibina di San Francisco.

Dari segi kejuruteraan, sejumlah 648km cerucuk, yang menyamai laluan dari Butterworth ke Johor Baru, telah digunakan untuk pembinaannya. Ianya dapat menahan gegaran sehingga ke bacaan 7.5 menurut skala Richter.

Pereka jambatan ini merupakan anak jati Pulau Pinang sendiri iaitu mendiang Tan Sri Prof Chin Fung Kee, seorang jurutera geoteknik yang termahsyur, yang juga pernah memangku jawatan Timbalan Canselor di Universiti Malaya.

Dari segi perspektif sejarah serta pembinaan, Perdana Menteri Malaysia Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak telah mengambil inisiatif untuk memastikan idea untuk pembinaan jambatan ini dapat diteruskan pada awal tahun 1970-an.

Usaha beliau kemudiannya diteruskan pula oleh Perdana Menteri Ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn pada penghujung tahun 1970an, yang kemudiannya direalisasikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada April 1982, Tun Dr Mahathir telah menanam cerucuk pertama jambatan sebagai merasmikan pembinaan jambatan tersebut.

Pada 3 Ogos 1985, Tun Dr Mahathir telah merasmikan pembukaan jambatan ini dengan penuh kebanggan dan gaya, dengan memandu kereta pertama Malaysia, Proton Saga, sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Di samping menjadi simbol ikon bagi Pulau Pinang, kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjadikan Larian Jambatan Pulau Pinang sebagai acara tahunan, di mana ianya merupakan sebuah acara sukan antarabangsa yang popular.

Jambatan ini juga telah dilebarkan pada Ogos 2009 dan kini ianya dapat menampung kapasiti kenderaan berjumlah 155,000 sehari berbanding 120,000 sebelum ini.

Tarik-tarikh Penting :

  • Awal 1970an – Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bagi menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang
  • Akhir 1970 an – Tun Hussein Onn merancang utk membinanya
  • 23  Julai 1981 – Menteri Kerja Raya, S. Samy Vellu mengumumkan jambatan Pulau  Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco Golden Gate
  • Tahun 1982 – Pembinaan bermula
  • 3 Ogos 1985 – Perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad
  • 14 Sept 1985 – Pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam

Kos : RM 850 juta

Pereka : Tan Sri Prof Chin Fung Kee, Jurutera geoteknik, Timbalan Caselor, Universiti Malaya

Kontrakor Utama  : Hyundei Engineering & Construction Company (Korea)

Tempatan        : Jurutera Konsultan (SEA) Sdn.  Bhd.

                            Yong & Mohd. Faiz Sdn. Bhd.

                           Kumpulan Arkitek Sdn. Bhd.

                           Valdun Associates Sdn. Bhd.

Jurutera Perunding      : Howard Needles & Tammen Bergendoff Int. Inc.

Keunikan  

  1. 1.      Diiktiraf sebagai 10 struktur paling seksi di dunia oleh agensi berita Reuters
  2. 2.      Rekabentuk menggunakan kaedah gelegar konkrit dengan kabel penahan seperti di Golden Gate, San Fransisco, Amerika Syarikat.
  3. 3.      Jambatan dapat dilihat dari setiap sudut  pandangan di pulau dan juga tanah besar
  4. 4.      Mampu menahan gegaran gempa bumi pada sekala Richter 7.0
  5. 5.   Cerucuk yang digunakan adalah sepanjang 648km bersamaan dengan jarak Butterworth ke Johor Bahru

Pencapaian /Anugerah

  • 1993    : Anugerah Istimewa  FIABCI (Kategori Fasa Pembangunan dan Pembinaan) daripada International Real Estate Federation  of Malaysia.
  • 1996    : Anugerah Utama dalam Pertandingan Kecemerlangan Kejuruteraan Amerika Syarikat – tajaan Conuslting Engineers Council of Consulting Engineers, Washington.
  • 2010    : 10 Struktur Paling Seksi di Dunia, Reuters, London.