Sekeluarga dijangkiti Influenza A, lelaki ini kongsi 14 tips yang wajib diambil segera

Sekeluarga dijangkiti Influenza A, lelaki ini kongsi 14 tips yang wajib diambil segera

Ramai tanya saya tentang simptom Influenza memandangkan saya sekeluarga kena wabak ini. Jom baca perkongsian saya.

1. Influenza ni ada beberapa jenis. Namun biasanya yang agak bahaya dan menjadi epidemik adalah Influenza A dan B. Rujuk gambar kedua ya. Kita boleh kena salah satu atau mungkin positif keduanya sekali gus.

2. Gejala Influenza A & B ni seperti demam, selsema, sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit badan dan sendi, menggigil, lemah lesu, cirit birit, dan muntah.

3. Yang bahayanya wabak Influenza A ni, badan boleh menggigil secara tiba-tiba. Rasa sejuk yakmat, sedangkan tubuh kita panas. Memang boleh cecah dan lebih 40°. Kami sekeluarga positif Influenza A.

4. Demam pula jenis On Off dan berpanjangan. Awal saya demam, sakit tekak dan batuk, pergi klinik doktor bagi ubat biasa dan anti biotik. Lepas makan ubat, sihat elok. Bertenaga dan rasa okey. Rupanya sihat sekejap sahaja, lepas tu demam gigil balik. Dalam sehari boleh sampai 3-4x demam-baik, demam-baik ni.

5. Ali yang usia 4 tahun, paginya demam panas, bagi makan ubat semua, dua jam lepas tu terus cergas. Badan tak panas, bermain, berjoget, berkejar macam biasa. Tak dan tengahari tiba-tiba demam panas balik. Suhu boleh cecah 40°. Petang tu sihat pula. Malam panas pula. Tengah malam okey, tiba-tiba jam 3 pagi datang balik. Memang perlu pantau rapi kalau anak-anak demam. Malam jangan tidur la kalau boleh.

6. Saya juga mengalami sakit pinggang dan sendi yang teruk juga. Merangkak la nak naik tangga masa teruk. Tapi saya tak kena sakit kepala. Wife sikit je sakit sendi, tapi teruk sakit kepala. Beza-beza simptom bergantung antibodi badan masing-masing rasanya.

7. So, kalau anak-anak ada simptom di atas dan berlarutan, better swab untuk check Influenza. Harga swab di klinik swasta antara RM50-RM120. Boleh juga uji darah di Klinik Kesihatan KKM. Free, cuma sekarang memang penuh KK dan GH ni. Kat beberapa klinik swasta sini pun alat swab untuk Influenza habis. Musim epidemik rasanya ni.

8. Golongan berisiko ialah kanak-kanak bawah 5 tahun, wanita hamil, warga tua. Baby pun boleh kena juga. Hati-hati ya.

9. Cara cegah penularan Influenza ni sama sahaja dengan cara cegah covid. Pakai facemask, kerap cuci tangan, jaga hygiene.

10. Jika positif, kuarantin di rumah sahaja. Doktor akan bekalkan ubat antiviral influenza. Tak sedappp. Huhu. Kat hospital katanya dah penuh dengan kes Influenza ni. Tengah wabak teruk di KL/Selangor la ni.

11. Pastikan kat rumah ada thermometer untuk check suhu anak-anak. Wajib check setiap jam kalau boleh. Jangan cepat senang hati lihat anak dah aktif, bermain elok, badan tak panas kita tak check dah suhu. Panas badan tu boleh datang mengejut gitu sahaja.

12. Beli thermometer yang ada MDA Approved. Mahal sikit, tapi ketepatan tinggi. Beli yang murah tak tepat bahaya beb. Karang ingat suhu anak tak bahaya, rupanya dah lebih 40°. Ni thermometer yang saya syorkan : https://shope.ee/3V6pC8hPTl

13. Selain selalu mandikan anak, jerlum kepala, ada kawan bagi petua sentiasa ready dengan Aloe Vera gel. Sapu je gel kat kepala anak, kat pelipat juga. Cepat turun suhu. Bila gel kering, spray je dengan air, nanti dia akan basah dan menyejuk semula. Gel Aloe Vera yang ni disyorkan : https://shope.ee/7UcxxPdHCU

14. Tolong pantau betul-betul suhu badan anak-anak ya. Bahaya budak-budak demam panas lebih 40° ni. Boleh kena sawan, boleh rosak otak kekal. Mohon dijauhkan Tuhan.

14. Catatan ini hanya pengalaman kami sekeluarga. Simptom dan efek untuk setiap orang mungkin berbeza-beza.

Okey, itu saja perkongsian saya pagi ni. Semoga bermanfaat ya.

Kepada kawan-kawan yang senasib dengan saya, semoga sembuh pantas semua. Yang tak kena, jaga hygiene, amalkan penjarakan, pakai facemask, basuh tangan selalu ya. Sama macam SOP covid la senang cerita.

Yang ada gejala, cepat-cepat pergi test. Harap sangat kalian tak kena Influenza A ni. Siksa dan sakit weh.

Apa pun, sakit itu menghapus dosa-dosa kecil dan setiap yang berlaku ada hikmah tersembunyi dari Allah taala.

Okeh, jom tengok gambar-gambar dan baca info.

Selamat pagi dunia!

#MFS


Sumber – FB Mohd Fadli Salleh