Selebriti wanita berhijab kantoi amal sihir, siap ada bilik khas dekat rumah
Seorang selebriti yang juga penyanyi bertudung dan manis orangnya didakwa mengamalkan kerja khurafat iaitu sihir. Biar betul?
Sememangnya tak sangka, penampilannya yang berhijab itu tidak dapat menghalang selebriti itu daripada mempercayai amalan syirik itu.
Jika sebut nama selebriti tersebut, satu nusantara mesti mengenali dan dia juga gemar mencetuskan kontroversi sebelum ini.
Kata sumber, penyanyi itu sudah lama mengamalkan sihir dan hanya melakukannya di rumah.
Malah ada bilik ‘khas’ di kediaman selebriti berkenaan, yang khusus untuk perkara syirik selain tiada sesiapa dibenarkan masuk ke dalam bilik itu.
Tak diberitahu sebab apa, tapi sumber mendakwa, dalam bilik itu tiada barang berharga seperti duit atau barang kemas, tapi ada bau yang tak begitu selesa ditinggalkan di ruang tersebut.
Ada juga contoh amalan yang pernah dibuat selebriti itu difahamkan bertujuan sebagai pemanis wajah agar orang senang mendekatinya namun lebih baik dirahsiakan sahaja.
Kata sumber, antara lain sebab dia melakukan sihir agar orang suka padanya, kiranya sebagai daya penariklah. Maklumlah, dia pun orang berniaga.
Usia pun dah bau-bau tanah, harap sempat bertaubatlah ya!