Selepas dapat tahu kaedah pembuatannya, ramai tak selera nak makan ‘crab stick’, minta tukar nama kepada sosej ikan

Selepas dapat tahu kaedah pembuatannya, ramai tak selera nak makan ‘crab stick’, minta tukar nama kepada sosej ikan

 

Jejari ketam atau crab stick merupakan snek popular yang menjadi kegilaan di seluruh dunia.

Namun, ramai individu mengakui tidak selera untuk menjamah makanan itu selepas mengetahui kaedah pembuatannya.

Sebuah kilang jejari ketam di Thailand memuat naik video proses penghasilan makanan berkenaan sehingga ia meraih perhatian ramai.

The blended up meat is put into a machine to create a thick grey paste

The crabstick meat blended up, resembling grey concrete

Long thin strips of crab meat being rolled out by a machine ready to be dyed

Selepas mengetahui bahan sebenar makanan itu, orang ramai turut menggesa agar ia diubah namanya menjadi sosej ikan.

Menerusi video yang ditunjukkan, blok daging ikan beku dimasukkan ke dalam mesin dan dihancurkan untuk menghasilkan pes berwarna kelabu, sebelum ditambah dengan garam dan perasa.

Campuran ikan kemudian dicampur dengan ais serta minyak sayuran dan gula.

Pekerja dilihat memasukkannya melalui tiub sebelum ia dibentuk menjadi jalur dan diwarnakan dengan pewarna dan bentuk yang berbeza.

Setelah dicelup dengan warna, ia dibungkus, dibekukan dan sedia untuk dihantar ke kedai.