Selepas dibuktikan laman FBnya tidak mempunyai ‘admin’, YB Pas ini berdepan tuduhan kedua buat laporan polis palsu

YB Pas, Khalil Yahya dijangka berdepan pertuduhan kedua membuat laporan polis palsu selepas waeganet berjaya membuktikan laman FBnya tidak mempunyai pentadbir (admin).
Ini susulan dakwaannya sebelum ini mengenai kandungan poster fitnah terhadap pelantikan Teresa Kok sebagai Pengerusi Felda yang baru telah dimuat naik pentadbir akaun FBnya.
Malah dakwaannya selepas itu bahawa akaun FBnya telah digodam juga berjaya dilondehkan warganet. Menurut mereka, adalah sangat mustahil mana-mana pemilik akaun yang digodam berjaya mendapatkannya semula dalam tempoh terlalu singkar
Sementara itu, polis akan merakam keterangan Adun Kubu Gajah Khalil Yahaya berhubung sebaran poster palsu mengenai pelantikan Teresa Kok sebagai pengerusi Felda.
Memetik laporan FMT, Ketua Polis Brickfields Amihizam Abdul Shukor berkata, kenyataan Khalil akan dirakam di IPD Taiping, pada 10 pagi Selasa.
“(Janji temu) telah dibuat untuk rakaman percakapan Ustaz Khalil Yahaya pada 10 pagi di IPD Taiping,” katanya kepada FMT.
Jumaat lepas, Teresa menafikan beliau dilantik menerajui Felda, seperti menurut poster yang dimuat naik Khalil di laman Facebook miliknya.
Felda dalam kenyataan di Facebook juga menafikan terdapat sebarang pelantikan baharu bagi jawatan pengerusi yang kosong berkuat kuasa 30 Jun.
Tidak lama selepas itu, Khalil memohon maaf secara terbuka di Facebook berhubung sebaran poster berkenaan, mendakwa hantaran dimuat naik “admin” yang mengelola halamannya.
Semalam, Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh dilapor membuat laporan polis berhubung poster itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, menurut Amihizam.
Jawatan pengerusi Felda kosong setelah penyandangnya, Idris Jusoh mengumumkan pengundurannya berkuat kuasa 30 Jun.