Selepas dihubungi Noor Hisham, MAZA cadang pemberian ‘booster’ digantung

Selepas dihubungi Noor Hisham, MAZA cadang pemberian ‘booster’ digantung

Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) mencadangkan agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menangguhkan pemberian dos ketiga (penggalak) sehingga dikeluarkan panduan menentukan siapa yang layak atau sebaliknya.

Cadangan itu dilontarkan dalam satu perkongsian video yang disiarkan dalam laman FB ProMediaTajdid semalam bagi menjawab soalan isu yang dibangkitkannya di dalam Instagramnya baru-baru ini.

.

Menurut kenyataannya yang dilaporkan Astro Awani, ia berikutan kebimbangan segelintir masyarakat mendapat komplikasi dan kesan yang serius selepas mengambil dos ketiga itu.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Mohd Asri mendedahkan terdapat segelintir individu berkongsi mengenai kesan sampingan yang dialami susulan dos ketiga itu kepadanya.

Walaupun secara perbandingan peratus mereka yang mendapat mudarat lebih kecil dibandingkan dengan yang tiada komplikasi, namun setiap keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat ujarnya adalah tanggungjawab kerajaan.

Beliau juga tidak menafikan peranan vaksin sebelum ini yang telah mengurangkan COVID 19, namun baginya sekiranya terus hidup dalam penafian, ia suatu perkara yang tidak berfaedah jika masyarakat melihat realiti sebenar di hadapan mata mereka.

Sebelum ini Mohd Asri ada memuat naik status di laman Instagram miliknya menggesa KKM memandang serius dan mengkaji kesan sampingan dos penggalak kepada mereka yang mungkin tidak sesuai.

Beliau turut mempersoalkan adakah komplikasi terhadap ayahnya itu ada kaitan dengan dos penggalak atau sebebaliknya dan hanya pakar yang dapat menjelaskan.