Selepas Switzerland, Ebit Lew sambung percutian bersama bidadari ke Paris
Meskipun terpalit dengan kontroversi panas, namun pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew dilihat tetap tenang meneruskan kehidupannya seperti biasa.
Minggu lalu, Ebit Lew berkongsikan beliau membawa isteri dan anak-anak makan angin ke Switzerland.
Nampaknya, selepas Switzerland, Ebit membawa keluarganya bercuti ke Paris pula.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, Ebit membawa keluarganya ke Disneyland. Melihatkan foto dikongsikan, Ebit dilihat sangat gembira menghabiskan masa bersama keluarga.
Dalam entri tersebut, Ebit turut menitipkan nasihat supaya mengutamakan keluarga kerana doa anak-anak adalah anugerah terbesar apabila kita sudah tiada nanti.
Dalam pada itu, Ebit berkata ciptalah kenangan bersama keluarga kerana meggembirakan keluarga juga adalah sunnah Nabi Muhammad.
“Dunia sementara akhirat selamanya. Satu hari kita dah tiada. Doa anak-anak ialah anugerah Allah yang terbesar. Berillah masa untuk anak-anak. Bagi anak-anak cinta sayang ialah masa. Masa ini akan berlalu.
“Tetapi kenangan bersama mereka akan menjadi amal dan pahala di akhirat nanti. Menggembirakan keluarga sunnah Baginda Nabi Muhammad Solallahu alaihi wasallam,” tulisnya.
Perkongsian Ebit itu mendapat pelbagai reaksi daripada neteizen yang turut mendoakan dipermudahkan perjalanan serta kesejahteraan ketika bercuti.