Selepas travel ke 33 buah negara, wanita ini dakwa Singapura bukan negara ‘favourite’ sebab..
Satu video TikTok telah tular baru-baru ini di Singapura selepas ada seorang pelancong mendedahkan mengenai pengalamannya di negara itu yang telah menarik perhatian ramai.
Mempunyai pengalaman merantau sebanyak 33 buah negara, pengguna TikTok yang dikenali sebagai @gracietravels ada membuat senarai sebab kenapa Singapura bukan negara pilihan kegemarannya.
Dalam masa 2 hari dimuat naik, video ini telah meraih lebih daripada 370K tontonan dan perkara itu meraih pelbagai respon daripada netizen yang kebanyakannya dalam kalangan warga Singapura.
“Maafkan saya Singapura”
@gracietravels im sorry Singapore 😥 #singapore #sinagporetiktok #traveltips #travelfyp #thetruth #traveltiktok
Antara sebab utama kenapa dia tidak berapa gemar dengan negara itu adalah orang tempatan di situ di dakwa ‘agak kurang ajar’.
Grace menjelaskan bahawa biarpun ia mungkin hanya perasaannya sahaja, tetapi dia mula sedar perkara ini sebaik sahaja dia tiba di lapangan terbang bersama pemandu teksi.
“Dia tidak senyum dekat kami, dia menyuruh saya meletakkan bagasi di dalam kereta sendiri dan satu-satunya waktu dia bercakap ialah bertanya tentang jumlah pendapatan saya.”
Sebab kedua mengapa dia tak berapa berkenan dengan Singapura ialah kerana dia berasa seperti “tidak berada di Asia” ketika berada di negara itu kerana semuanya “lebih ke arah negara barat”.
Grace menambah bahawa ini mungkin disebabkan oleh ramai pelancong dan ekspatriat ketika dia berada di sana.
Alasan ketiganya ialah rata-rata harga barang di Singapura sangat mahal, dia turut menegaskan bahawa penginapannya di Marina Bay Sands menelan kos belanja yang besar.
Dia juga bingung mengapa orang ramai “sangat taksub” dengan hotel tersebut kerana kolamnya, sedangkan “banyak hotel yang lebih baik yang sebenarnya berbaloi untuk dibayar”.
Jelasn Grace lagi, dia menghadapi masalah untuk mencari restoran yang tidak terlalu mahal dan mempunyai makanan yang enak, justeru dia sering terpaksa pergi ke pusat penjaja.
Sehubungan itu, Grace turut mempersoalkan apa yang perlu dilakukan di Singapura selain makan dan membeli-belah.
Alasan terakhir yang disenaraikan dalam videonya ialah susah mencari perkara yang semula jadi kerana “semuanya buatan manusia dan dibuat untuk hiburan semata-mata”. Grace menegaskan bahawa negara itu berasa seperti Las Vegas di Asia.
Menjengah ke ruangan komen, ramai rakyat Singapura tampil menepis pendapat Grace. Dalam masa yang sama ada rakyat tempatan di negara itu juga bersetuju dengan pendapat Grace, tidak lupa juga ada yang turut mengecamnya.
Hurm itu hanyalah pendapat peribadinya, apa pula pandangan korang?