Semua kerja rumah suami yang buat, isteri asyik bagi alasan penat saja, akhirnya terbongkar semua
Bukan hanya di penghujung hari, malah ungkapan “penat” sudah terluncur dari mulutnya seawal pagi sesudah subuh hari.
Sedikit latar belakang buat gambaran pembaca yang budiman. Kami tiga beranak – saya, isteri, dan anak lelaki yang berumur 1 tahun 6 bulan.
Penatnya.”
“Awak, saya penat lah.”
“Awak tak penat ke?”
Demikianlah ungkap sang isteri saban hari, saban waktu.
Kami sebelum ini PJJ, namun setelah saya dapat bertukar tempat kerja ke negeri tempat isteri bekerja, maka bermulalah episod kami tinggal sebumbung.
Semuanya baik sahaja, kami tidak ada gaduh yang besar. Hubungan suami isteri juga baik, solat pun berjemaah.
Cuma itulah, isteri selalu mengungkapkan yang dia penat.
Saya sendiri pun sampai jadi tak tahu nak beri respon yang bagaimana.
Sebab selain memasak dan menyusukan anak – bermaksud kemas rumah, mandikan anak, tidurkan anak, basuh baju, sidai baju, lipat baju,
Basuh pinggan mangkuk periuk kuali, sapu lantai, mop lantai, cuci bilik air, buang sampah, kemas bilik dan tempat tidur – semuanya saya dah buat.
Hantar/ ambil anak ke/ dari pengasuh pun saya.
Tetapi itulah, saya tetap dihujani dengan rungutan daripada isteri bahawa dia penat.
Mula mula saya layankan juga, saya urutkan badannya walaupun dia tak minta.
Saya ‘volunteer’ jaga anak dan bagi dia masa untuk keluar masa weekend.
Tetapi, tetap dia akan kata yang dia “penat” untuk tak buat apa apa. Dia akan, tidur. Ya, tidur.
Dan ungkapan “penat” yang tanpa henti saban hari saban detik daripada sang isteri ini sebenarnya telah dalam diam dan perlahan lahan membuatkan saya, penat.
Niat baik saya membuat tugasan rumah pada awalnya adalah atas dasar tanggungjawab saya selaku ketua keluarga, suami, dan juga bapa, selain untuk memudahkan urusannya, dan mengurangkan bebannya.
Namun kini saya rasa seperti diambil kesempatan atas segala kebaikan itu.
Balik kerja, isteri beritahu yang dia penat.
Jadi saya kata padanya, “Tak perlulah masak, saya beli saja otw balik kerja nanti.”
Pada mulanya dia akan kata “Tak apa, dia masak.”
Tapi sejak sebulan dua yang lalu, isteri sendiri akan ‘arahkan’ saya beli saja makan malam, sebab dia penat.
Sedangkan kalau untuk berbekal ke tempat kerja, rajin pula isteri bangun awal pagi untuk memasak. Dan isteri masak hanya untuk dirinya.
Saya pernah bertanya kepada isteri, kenapa tak masakkan bekal untuk saya sekali.
Isteri jawab, “Awak kan keluar makan dengan kawan kawan office.”
Hujung minggu, saya berhempas pulas menguruskan rumah yang saya percaya sama dengan aktiviti seperti mana keluarga lain – mengemas rumah, mendobi, dll.
Tapi isteri saya, dia tak akan buat semua itu. Dia akan masak sarapan, kemudian sambung tidur.
Segala aktiviti lain, saya yang buat dan selesaikan – daripada menguruskan anak sehinggalah rumah dan pakaian, semuanya saya. Buntu saya.
Sehinggakan hari ini, sudah hampir setahun kami tinggal sebumbung.
Saya rasa makin tak gembira dan mencari cari di manakah seronoknya tinggal sebumbung dengan pasangan itu jika hampir semua urusan hanya satu pihak sahaja yang melakukannya.
Saya sampai langsung berdoa agar biarlah saya ditukarkan ke tempat kerja yang jauh, agar kami kembali PJJ.
Ada kawan yang kata, “Isteri kau balas dendam tu masa PJJ dulu kau tak ada.”
Entahlah. Sebab dulu masa PJJ bukannya isteri duduk seorang diri, dia duduk bersama keluarganya di rumah mentua saya.
Adakah dia benar benar penat, atau apa sebenarnya? Saya pun tak tahu. Saya harap dia benar benar penat.
Dan jika penatnya berkait dengan exhausted/energy drained yang terlampau, saya willingly nak bawa isteri pergi terapi dan rawatan yang sepatutnya.
Saya berharap sangat penat itu bukan berdalih bagi malas yang disembunyikan..