Senarai orang Melayu terkaya di Malaysia, cara kekayaan diperolehi pasti mengejutkan
Berdasarkan kedudukan (ranking) senarai 50 orang terkaya di Malaysia pada tahun 2022 yang diterbitkan oleh majalah perniagaan popular Forbes, (www.forbes.com) terdapat tiga individu melayu tersenarai dalam ranking tersebut berbanding tujuh individu pada tahun lepas
Kesemua mereka telah tersenarai sebagai individu berbangsa melayu Islam terkaya di Malaysia pada tahun 2022.
Senarai Kedudukan Terkini Orang Melayu Paling Kaya Di Malaysia Tahun 2022
Menurut laporan senarai terkini 50 individu terkaya Malaysia tahun 2022 menyaksikan nilai kekayaan tiga individu Melayu Islam terkaya itu ada yang meningkat dan menyusut berbanding tahun sebelumnya
Syed Mokhtar AlBukhary Senarai terkini orang melayu Malaysia paling kaya 2022
1) Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
Umur: 68 tahun
Status: Berkahwin
Anak: 5 Orang
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary merupakan orang melayu paling kaya di Malaysia pada tahun 2022 dengan nilai kekayaan sebanyak AS$1.31 bilion meningkat berbanding tahun 2021 (AS$1.2B)
Beliau memulakan karier perniagaannya sebagai pedagang beras dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi
Bagaimanapun usaha beliau sepanjang bergelar seorang ahli perniagaan, kini beliau menjalankan pelbagai perniagaan terutamanya menerusi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, iaitu MMC Corp. dan DRB-Hicom.
Beliau juga merupakan pengerusi Yayasan Al-Bukhary merupakan individu yang kekal dalam senarai top 50 orang terkaya di Malaysia jugadan naik tiga kedudukan daripada tangga ke-18 pada tahun 2021
Syed Azman Syed Ibrahim Senarai terkini orang melayu Malaysia paling kaya 2022
2) Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim
Umur: 59 tahun
Status: Berkahwin
Anak: 6 Orang
Individu melayu kedua terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim. Menurut Forbes nilai kekayaan yang dicatat beliau pada tahun 2022 adalah sebanyak AS$650 juta, meningkat berbanding tahun 2021 adalah sebanyak AS$550 juta.
Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim merupakan pemilik syarikat perkhidmatan helikopter, Weststar Aviation yang memberi tumpuan kepada sektor Oil and Gas (O&G).
Antara syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatannya ialah Petronas Carigali, Shell dan Tullow Oil selain mengimport / mengedar kenderaan perdagangan dan kereta mewah.
Berikutan nilai kekayaan beliau meningkat, dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia pada tahun 2022, kedudukan beliau naik ke tangga ke 27 daripada kedudukan ke-32 seperti tahun 2021.
3) Tan Sri Azman Hashim
Umur: 80 tahun
Status: Berkahwin
Anak: 5 Orang
Pendidikan: Perakaunan di Australia
Orang melayu ketiga terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Azman Hashim dengan nilai kekayaan yang dicatat sebanyak AS$560 juta (2021), menurun berbanding AS$410 juta pada tahun 2020.
Beliau mengetuai perbankan AmBank Group, yang diasaskannya pada 1976 dengan nama Arab-Malaysian Merchant Bank
Selain itu, beliau juga memiliki kepentingan dalam bank pelaburan ECM Libra RCE Capital
Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia tahun 2022 beliau berada pada kedudukan ke-31 naik empat anak tangga berbanding tahun 2020 (35)
Berikut adalah senarai bagi tahun 2021 yang diterbitkan oleh Forbes:
1) Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
2) Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim
3) Ahmayuddin bin Ahmad
Umur: 63 tahun
Status: Berkahwin
Anak: 4 Orang
Ahmayuddin bin Ahmad merupakan orang melayu ketiga paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$620 juta (2020) meningkat berbanding tahun 2019 (AS$580)
Beliau merupakan salah seorang daripada pengasas syarikat pelabuhan di Pelabuhan Klang, Westports Holdings
Nilai kekayaan Ahmayuddin meningkat pada tahun 2020 justeru dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia 2020 Forbes meletakkan beliau di kedudukan ke-27 berbanding ke-31 (2019)
4) Tan Sri Azman Hashim
5) Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah
Umur: 54 tahun
Status: Berkahwin
Pendidikan: Bachelor of Arts / Science, University of Technology, Malaysia
Orang melayu kelima terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan AS$405 juta pada 2020 berbanding AS$345 juta (2019) adalah Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah yang merupakan Pengasas Syarikat Serba Dinamik bermula 1993
Beliau memulakan kerjaya sebagai jurutetera penyelenggaraan dan kurang gembira dengan kerja beliau pada ketika itu kerana perlu menghadiri mesyuarat
Oleh kerana minat terhadap praktikal atau hands-on dalam bidang kejuruteraan, beliau telah membuka Serba Dinamik yang menawarkan perkhidmatan servis dan penyelenggaraan loji gas dan minyak
Beliau telah mendaki 4 anak tangga daripada kedudukan 40 (2019) kepada 36 tahun ini dalam senarai 50 orang terkaya Malaysia
6) Datuk Abdul Kadier Sahib
Umur: 71 tahun
Warganegara: Malaysia
Pendidikan: Bachelor of Arts / Economics, University of Malaysia
Orang melayu keenam terkaya dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia adalah Datuk Abdul Kadier Sahib
Nilai kekayaan beliau pada tahun 2020 adalah sebanyak AS$360 juta meningkat berbanding AS$275 juta pada tahun 2019
Beliau adalah pengarah kejuruteraan syarikat Serba Dinamik pada tahun 1994 dan kini merupakan individu pemegang saham kedua terbesar syarikat berkenaan
Serba Dinamik telah berkembang ke taraf antarabangsa dengan memasuki kawasan Timur Tengah, Eropah dan Afrika merupakan pengeluar perkhidmatan dalam kejuruteraan awam dan mekanikal, intrument dan juga sistem kawalan
Beliau telah medaki 11 anak tangga pada tahun 2020 ke kedudukan 38 berbanding tahun 2019 tangga ke 49.
7) Datuk Kamarudin Meranun
Umur: 58 tahun
Status: Berkahwin
Anak: 5 Orang
Pendidikan: Bachelor of Arts / Science, Central Michigan University dan Master of Business Administration, Central Michigan University
Individu melayu ketujuh terkaya di Malaysia adalah Datuk Kamarudin Meranun. Menurut Forbes nilai kekayaan yang dicatat beliau pada tahun 2020 adalah sebanyak AS$315 juta, menurun berbanding AS$520 juta (2019)
Beliau mengasaskan jenama penerbangan AirAsia bersama Tan Sri Tony Fernandes pada 2001
Beliau memulakan kerjayanya sebagai pengurus portfolio di Arab-Malaysian Merchant Bank dengan tumpuan perkhidmatan kepada individu berpendapatan tinggi
Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia pada tahun 2020, beliau telah jatuh ke kedudukan ke-43 berbanding tahun 2019 (33).
8) Tan Sri Mokhzani Mahathir
Umur: 59 tahun
Status: Berkahwin
Anak: 5 Orang
Pendidikan: Bachelor of Arts / Science, University of Tulsa
Orang melayu terakhir yang berjaya memasuki senarai orang terkaya di Malaysia pada tahun 2020 adalah anak kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani Mahathir
Menurut Forbes nilai kekayaan beliau adalah sebanyak AS$305 juta, menurun berbanding AS$325 juta (2019)
Forbes meletakkan kedudukan Mokhzani di tempat ke-45 dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia. Pada tahun 2019 kedudukan beliau adalah satu tangga di hadapan iaitu tempat ke-44