Shuhada beri kenyataan balas, Hafidz sudah nikah dengan Athira, “..dengan pengetahuan keluarga Hafidz..”

Shuhada beri kenyataan balas, Hafidz sudah nikah dengan Athira, “..dengan pengetahuan keluarga Hafidz..”

 

Setelah agak lama mendiamkan diri, hari ini pelakon Hafidz Roshdi bersuara berhubung kemelut rumah tangganya bersama Nurul Shuhada.

Menerusi Instagram, aktor itu telah memuat naik surat terbuka dan turut menuntut Shuhada membuat permohonan maaf kepadanya dan keluarga.

Terbaru, Shuhada turut berbuat perkara yang sama, memuat naik kenyataan balas terhadap surat terbuka daripada Hafidz.

Tidak mendiamkan diri, ibu kepada dua anak itu menjelaskan bahawa tindakannya sebelum ini yang memuat naik pelbagai kenyataan di media sosial itu adalah tanpa mengetahui kedudukan undang-undang.

Bukan itu sahaja, Shuhada turut meluahkan kekecewaannya dikhianati selepas mengorbankan masa depannya demi untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, menjaga suami dan anak-anak.

Dia turut berkata apa yang berlaku (yang membuatkannya nekad untuk berpisah) berlaku tanpa pengetahuannya tetapi keluarga mentua pula tahu malah membenarkan ia berlaku.

Saya terasa dikhianati, semuanya berlaku tanpa pengetahuan saya. Tetapi dengan pengetahuan keluarga Hafidz iaitu membenarkan Hafidz berkahwin tanpa izin saya.”