“Si penyondol acah ‘Lady Boss’..” – Bekas pekerja tampil dedah perangai sebenar Mira dan View Chin

“Si penyondol acah ‘Lady Boss’..” – Bekas pekerja tampil dedah perangai sebenar Mira dan View Chin

 

Sejak beberapa hari lepas, nama View Chin hangat diperkatakan selepas dia didakwa curang dan mempunyai hubungan dengan staf sendiri bernama Mira.

Ramai warganet menghentam View Chin kerana menghancurkan kepercayaan isterinya dan mengecam Mira kerana menjadi ‘penyondol’ mengganggu rumah tangga bos sendiri.

Bekas pekerja dedah perangai View Chin

Dalam pada itu, seorang wanita yang mendakwa dirinya bekas pekerja di syarikat tersebut tampil membuat pendedahan tentang tingkah laku View Chin.

Menurutnya, dia telah berhenti bekerja di syarikat itu pada tahun lepas ketika View Chin mula curangi isterinya. Katanya, lelaki itu bukan hanya toksik dalam isu rumah tangga tetapi juga dia bukanlah seorang majikan yang baik.

Antara perkara yang dilaluinya adalah terpaksa melakukan banyak kerja dengan hanya bayaran RM2,500 sebulan serta mempunyai tabiat memanjangkan probation pekerja hanya kerana tidak mahu menaikkan gaji mereka.

Tambah wanita itu, View Chin juga turut menolak gaji jika ada pekerja yang mengambil cuti sakit meskipun disebabkan oleh Covid-19.

Selalu ajak keluar sama

Lebih mengejutkan, dia turut mendedahkan bahawa bekas majikannya itu sering mengajaknya keluar berdua dengan alasan untuk membuat makeover.

Menuruti kata bos, gadis yang bekerja sebagai pereka fesyen syarikat tersebut bersetuju untuk keluar namun katanya View Chin hanya banyak bercakap tentang kehidupan peribadi dan cinta.

Bukan itu sahaja, dia juga akan merajuk dengan staf jika permintaan untuk keluar bersama ditolak serta turut ‘sembang lucah’ dengan pekerja.

Si ‘penyondol’ acah lady boss

Wanita ini turut memberi ‘mesej’ kepada si ‘penyondol’ rumah tangga majikannya itu dan mendedahkan bahawa dia suka ‘racun’ View Chin.

Kepada penyondol yang asyik berlagak macam dia lady boss, arah orang itu ini sedangkan kau duduk meja buka microsoft blank page pastu acah terpaling bekerja. The attitude astaga aku malas cerita panjang.”

Sementara itu, dia turut berpesan kepada orang ramai untuk tidak menghentam semua pekerja wanita yang lain di syarikat berkenaan terutamanya ‘Anak Dato’.

Katanya, dalam hal ini tiada orang lain yang patut dipersalahkan selain hanya View Chin dan si gadis ‘penyondol’ itu.