“Suami aku pemalas, tak tolong hal rumah tangga, konon dah bagi duit belanja kira beres, ingat kita ni pelacur, buat benda tu dapat upah”

“Suami aku pemalas, tak tolong hal rumah tangga, konon dah bagi duit belanja kira beres, ingat kita ni pelacur, buat benda tu dapat upah”

 

Salam semua. Mungkin ada yang mahu meluangkan dua minit setengah membaca kisah hati ini.

Alhamdulillah. Hidup aku kini dilimpahi kebaikan walaupun adakala suram kerana hati terkecewa.

Kecewa tu macam makanan aku, tak sah kalau tak ada. Susah betul nak lupuskan kecewa sebab aku banyak kelemahan.

Kecewa tu datang bila aku terbanding diri. Mereka lebih baik, lebih kaya, lebih alim, lebih cantik. Datanglah penyakit kecewa aku.

Kecewa yang sangat membebankan sehingga aku mahu keluar dari lingkungan sempurna mereka. Biar aku sendiri.

Bila sendiri aku mudah menginsafi diri. Aku menilai kisah dunia, ada turun naik, ada baik buruk. Banyak yang diluar jangka.

Bukan selamanya di atas kerana Allah sangat adil memberi ujian kepada semua hamba yang disayanginya.

Cinta yang sebenar, cinta hakiki yang tak akan kecewa pastilah kepada Allah SWT.

Selawat ke atas nabi. Yang membawa mukjizat al-quran untuk kita kenal Allah. Allah yang ada 99 nama zatnya. Dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.

Tentang bekas suami. Aku maafkan segalanya, halalkan segalanya. Kerana aku sayang dia tak mahu hidupnya hancur walaupun hidup bersamanya dulu hatiku sering hancur parah. Ubatnya adalah perpisahan.

Sikapnya, sangat ego. Rupanya daripada sikap ayahnya yang rupanya daripada sikap datuknya. Ego yang kurang ajar dengan orang lain.

Rasanya macam nak tulis segalanya tentang sikap itu tapi biarlah. Biarlah ada perkara yang disimpan rapi tanpa ada yang tahu. Cukup Allah yang tahu.

Dia ada baiknya juga, kerana hidup bersamanya aku belajar banyak benda baru. Aku ada juga kekurangan berbanding dia.

Jadi bukan lah perceraian itu hanya masalah sebelah pihak. Dia begitu mungkin kerana aku begini.

Benda ni sedikit kurang baik dibaca. Tapi aku takut memikirkan masa depan zuriat ku. Dia sangat kuat s*ks malah dah hilang teruna sebelum berkahwin.

Awal perkahwinan masa bulan madu seharian boleh buat benda tu je dalam bilik. Bila dikenang malu juga pengantin baru tak keluar bilik siang hari.

Masalah nya bila ada anak. Anak kecil tidur sekali pernah terkantoi anak bangun tengok kami yang tak sedar budak tu tercegat sebelah. Aku rasa ini masalah. Aku harap dalam kesamaran malam tu dia tak nampak dan lupa.

Masalah nya siang hari nak juga. Anak dah dua aku sibuk nak fikir hal anak, urusan rumah.

Dia pemalas ya. Tak tolong hal rumahtangga, konon dah bagi duit belanja kira beres. Ingat kita ni pelacur. Buat benda tu dapat upah. Isteri ni nafkah batin bukan dari dalam kain je tapi dalam hati.

Kunci pintu anak duk ketuk. Yelah nak layan nafsu suami yang kononnya kalau tak dapat tak ada semangat hidup. Nak cari yang lain.

Ada suatu hari tu, aku tolak. Boleh dia kata nanti abang buat dengan anak. Orang baik tak cakap bodoh macam tu.

Kebetulan anak baring dekat dia, dia belum dekat dengan kaki dan buat bergesel macam nak bersama tu. Mujur anak tu pakai pampers jadi sah tak masuk. Aku dah mula rasa dia bukan suami dan ayah yang baik.

Aku marah juga dia. Jangan buat main benda ni dengan anak. Dia buat muka tak bersalah. Sejenis yang buat dosa tapi rasa tak berdosa. Buat salah tapi salahkan orang.

Malas cerita lah bab dalam kain ni. Memang ada masa syok ada masa buang masa betul. Yelah, nak dekat subuh mintak. Dengar azan sepatutnya bangun solat ni. Ni sambung main. Ish buang masa betul.

Aku sedar naluriku mahu mencari imam yang ajakku tahajud. Yang ajakku pergi bercuti. Yang belikan sesuatu yang berharga buat diri. Ni hampeh.

Penatlah nak fikir hidup dia yang teruk dari hal lain juga termasuk hubungan dengan keluarga dan kerja. Seorang yang kaki ketum faham jelah perangainya. Ada masa macam hantu. Ada masa perasan malaikat.

Jadi aku mahu bercerai kerana si ayah tidak menunjukkan contoh yang baik dan ada perangai yang menghinakan diri dan keluarga.

Aku tak mahu anak nampak buruk ayahnya. Biarlah anak dari kecil dah tak lihat susuk si ayah yang mencurigakan dalam rumah kami.

Berat untuk dia. Mana nak salur nafsu nanti. Dia dah taubat lepas kahwin dulu. Aku lepas tangan dah. Lepas satu masalah. Walaupun mungkin hadir masalah baru.

Begitulah resam hidup. Sentiasa di uji namun dalam kesulitan ada kemudahan. Dalam apa yang dibenci ada juga baiknya.

Aku tenang uruskan hal anak ikut cara aku. Tak perlu rasa marah nak suruh suami jaga anak. Aku mahu pikul amanah jaga anak ni, dia cukuplah bagi nafkah duit jika takut neraka.

Cuma aku dibayangi dua perkara. Jika dia mahu bermalam dengan anak. Dan bila anak dah besar mahukan dia menjadi wali. Macam ada masalah je.

Buruknya sangkaan ku. Aku kena banyak solat taubat ni. Semoga kami selamat dan berjaya dunia akhirat.

Aku cuba mencari aktiviti yang baik untuk anakku. Ajar solat dengan baik, tadabur kisah alquran dan sering mahu mereka berkongsi segala masalah dan cerita.

Aku takut mereka hidup dalam kemurungan kerana punya ayah begitu, malah ibu begini.

Mereka masih sayangkan ayahnya, begitu juga ayah janji berubah mahu rujuk. Namun si ibu sudah fikir masak. Sudah boleh ramal sikapnya.

Jadi, kerana fikirkan masa depan anak, aku bercerai. Maafkan aku. Jangan risaukan aku. Aku dah faham erti kehidupan. Nanti mati semoga hanya yang baik saja cerita kita.

Ku harap panjang umur untuk menjaga anak kami dengan seikhlasnya. Sedih dengan kisah anak kecil yang telah yatim piatu. Semua jalan hidup ada hikmahnya, moga sabar dan syukur. Azam jadi baik mengikut hukumnya.

Al Fatihah.

– Cactus (Bukan nama sebenar)