Suami pelik isteri baik sangat dengan madu, rupa-rupanya dua isteri lesbian
Walaupun banyak kes ‘sondol menyondol’ kebelakangan ini tetapi sebenarnya ada realiti tentang kehidupan wanita yang hidup bermadu saling menyayangi.
Namun, kisah dikongsikan seorang lelaki tentang kedua-dua isterinya ini membuka mata dan membuatkan ramai terkedu kerana ia bukti bahawa perkara sebegitu sebenarnya wujud.
Difahamkan, isterinya tiba-tiba membuat permintaan agar dia berkahwin seorang lagi dan ia disifatkan tidak masuk akal kerana mereka bahagia berkahwin selama 7 tahun dan mempunyai 3 anak.
Tak apa bang, abang kahwin dengan kawan saya. Kasihankan dia.”
Wanita yang dipinang oleh isterinya itu merupakan rakan baiknya sejak zaman sekolah dan meskipun pada mulanya menolak tetapi lelaki tersebut akhirnya akur atas desakan.
Lebih membuatkan dia berasa pelik apabila isteri pertama membuat permintaan agar dia dan madunya tinggal sebumbung.
Bukan itu sahaja, hubungan mereka berdua sangat baik sehingga dikagumi oleh keluarga namun ia membuatkan suaminya berasa curiga.
Suami dia macam pelik isteri dia baik sangat dengan madu. Memang kawan tapi bila bermadu, hubungan mereka macam pelik. Nak ke mana-mana dengan madu, tidur pun dalam bilik madu.”
Perasaan tidak sedap hati itu membongkarkan sesuatu yang tidak disangka oleh lelaki berkenaan tentang kedua-dua isterinya.
Rupa-rupanya isteri pertama dan isteri kedua adalah lesbian. Sebab itulah nak sangat suaminya kahwin dengan perempuan ini supaya mereka dapat bersama tanpa syak apa apa.”
Perkongsian cerita ini tular dan meraih perhatian ramai di media sosial dan difahamkan lelaki tersebut telah pun menceraikan kedua-dua isterinya serta mendapat hak penjagaan ke atas anak-anaknya.