Sudah hadiri kursus kahwin, Syafiq Kyle bakal nikahi Mimi Lana tahun ini

Sudah hadiri kursus kahwin, Syafiq Kyle bakal nikahi Mimi Lana tahun ini

Selepas sering diasak mengenai perkahwinan, aktor Syafiq Kyle memaklumkan berita gembira bahawa dia kini sedang melakukan persiapan untuk menikahi aktres Mimi Lana dalam tahun ini.

Menurut laporan Harian Metro, aktor berusia 31 tahun itu berkata, dia dan Mimi sudah menyertai kursus kahwin sebagai persiapan sebelum mendirikan rumah tangga.

 

“Ya, saya sudah menghadiri kursus kahwin bersama Mimi. Malah, ada yang memuat naik gambar ‘selfie’ ketika kami sama-sama menjalani kursus berkenaan.
“Buat masa ini saya tidak dapat memperincikan tarikh perkahwinan, namun apa yang boleh saya kongsikan dalam tahun ini juga. Mohon doa semua dipermudahkan urusan kami,” katanya.

 

Pelakon drama Cinta Buat Dara itu berkata, dia lebih melakukan persiapan diri selain mengutamakan perkara wajib terlebih dahulu.

“Ketika ini saya sibuk mempersiapkan diri untuk memikul tanggungjawab sebagai suami. Apa yang boleh saya kongsi, kita dulukan apa yang wajib sebelum memikirkan mengenai soal lain,” ujarnya lagi.

 

Terdahulu, Syafiq atau nama penuhnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak mengakui rimas apabila kisah peribadinya lebih diperkatakan berbanding karier seninya.