“Sudah terang…” – Raja Azmi tinggalkan komen mengenai wajah terbaru Zahid Hamidi?

“Sudah terang…” – Raja Azmi tinggalkan komen mengenai wajah terbaru Zahid Hamidi?

Siapa yang tidak mengenali pengarah serta penerbit televisyen dan filem di Malaysia iaitu Yang Mulia Puan Raja Azmi binti Raja Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Raja Azmi.

Beliau terkenal dahulu sebagai penerbit komik autobiografi Anak-anak Sidek dan siri animasi yang lain. Raja Azmi juga ada turut terlibat menjadi pelakon dalam beberapa buah drama di Malaysia.

Betul Ke Zahid Hamidi Buat Pembedahan Muka?

Baru-baru ini, hangat di media sosial apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi tampil dengan mata yang kelihatan lebam dan bengkak. Ada yang mengatakan bahawa beliau membuat pembedahan pada bahagian matanya.

Namun anak Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah tampil menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku kepada bapanya itu. Dia memberitahu bahawa bapanya itu mengalami kerosakan saraf optik oleh sebab itu pembedahan dilakukan.

“Buat apa dia nak buat muka, dia bukan super star pun”-kata Nurulhidayah

pengarah dan penerbit, Raja Azmi kelihatan meninggalkan komen pada gambar Zahid Hamidi yang tersebar luas itu.

“Sudah Terang Lagi Bersuluh”-tulis Raja Azmi

Namun rata-rata netizen yang melihat komen tersebut berbelah bahagi sama ada untuk percaya atau pun tidak. kata mereka jika Raja Azmi sudah bersuara sedemikian, maka benarlah apa yang disangkakan netizen sebelum ini.

Apa-apa pun jika benar matanya sedang sakit, sebagai seorang muslim sama-sama kita doakan agar matanya pulih seperti sedia kala agar dapat menjalankan tugasnya dalam membantu rakyat Malaysia.