Sultan Johor sahkan poster tular di media sosial palsu

Sultan Johor sahkan poster tular di media sosial palsu

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menolak sebuah poster tular membabitkan titah baginda terhadap kerajaan sebagai fitnah.

Dalam hantaran di Facebook, Sultan Ibrahim menegaskan, baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti mana disebarkan dalam poster berkenaan.

‘Ini adalah kenyataan palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” titah baginda.

“Segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan baginda ataupun Keluarga DiRaja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office (Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga DiRaja Johor) di laman sosial rasmi.

Sultan Ibrahim meminta rakyat tidak mudah terpengaruh dengan sebarang kenyataan atau berita palsu yang disebarkan di dalam media sosial.

Difahamkan, poster berkenaan ditularkan sejak semalam.

Sumber – FMT