Syada dakwa dihalau, Shila Amzah dedah ada sebab nak jual banglo didiami keluarga – “Rumah tu memang nama Sha..”
Semalam, Syada Amzah mendedahkan rasa terkejut kerana ada pihak tak dikenali telah tiba-tiba datang untuk melihat kediaman mereka. Tanpa mengetahui apa-apa tentang plan rumah itu bakal dijual, adik kepada Shila Amzah itu terpaksa bergegas mencari rumah sewa.
Sha yang jadi ketua keluarga, rumah tu rumah Sha…Yang nak kena maintain muka ni
Bermacam spekulasi timbul, akhirnya Shila Amzah membuka mulut dan dedahkan segalanya. Sebenarnya, rumah itu adalah miliknya dan Shila mempunyai sebab kukuh mengapa dia mahu menjualnya. Sejak ibu bapanya bercerai, dia selaku anak sulung telah menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan kali ini dia terpaksa menggunakan kuasa vetonya demi kebaikan semua.
Rumah tu ada 7 bilik, ruang tamu besar, takde maid…Mereka tak dapat nak jaga bil apa semua
Saiz banglo yang terlalu besar begitu sukar untuk diuruskan termasuklah bil-bil bulanan. Maka Shila bercadang untuk membelikan rumah kondo sebagai kediaman baru buat keluarganya selepas ini. Tambahan pula, baginya rumah lama itu menyimpan terlalu banyak kisah hitam tentang kehidupan mereka sekeluarga yang enggan lagi dikenang-kenang.
@ohmedia Ingatkan itu rumah ND Lala rupanya rumah Shila. #shilaamzah#syadaamzah#kesrumah#jualrumah#ubai#trending#ohmedia
23 tahun mengerah tenaga mencari duit buat keluarga, kini tiba masanya untuk dia menentukan apa yang dikehendaki.
Penat membanting tulang demi keluarga, Shila sedar bagaimana ada ahli keluarga yang kini memandangnya seperti jahat. Hakikatnya perancangan yang dibuat adalah demi kebaikan masa depan bersama khususnya melibatkan pengurusan kewangan.
@xtra_my Bagus Shila ni pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga tapi ramai pula salah sangka 😌 #fyp #xtramy #shilaamzah #jualrumah #syadaamzah #beritaditiktok #sembangentertainment