Syahmi Sazli & isteri reda jika diboikot netizen selepas bersuara tentang isu air Kelantan
Semalam, kecoh di media sosial terutamanya di Facebook apabila pempengaruh dan YouTuber popular dari Kelantan iaitu Syahmi Sazli dan isteri, Anissa Faizul dikecam penyokong parti PAS di Kelantan selepas Anissa meluahkan pendapatnya tentang masalah air yang berlanjutan selama berpuluh tahun di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Syahmi Sazli semalam kemudiannya memuat naik video di Facebook untuk menjelaskan semula kenyataan Anissa yang telah disalah ertikan oleh sesetengah netizen Kelantan.
Walau bagaimanapun, Syahmi tampil mengakui bahawa dia dan isteri redha jika perniagaan mereka diboikot penduduk negeri itu selepas kekecohan itu.
Jika Mi dan Nissa diboikot sebab bersuara untuk kebaikan rakyat senegeri, tak mengapa, Mi redha. Yang mana masih ada bersama Mi, semoga Allah membalas kebaikan semua,” tulis Syahmi di Facebook.
Manakala Anissa juga telah memohon maaf jika kenyataan berkaitan isu air Kelantan yang disuarakannya baru-baru ini telah menyebabkan ada pihak yang kurang senang.
Untuk pengetahuan semua, Syahmi dan Anissa mempunyai perniagaan air balang, minyak wangi dan kedai makanan pencuci mulut (dessert) di Kelantan.
Walau bagaimanapun, rata-rata netizen lain dan penyokong setia video YouTube Syahmi mengatakan bahawa Syahmi dan isteri tak perlu risau kerana rezeki itu datangnya dari Allah dan bukannya dari manusia.
Rata-rata mereka juga mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini.