Syura jumpa peminat istimewa selepas 23 tahun, kongsi kisah waktu pertemuan pertama
![Syura jumpa peminat istimewa selepas 23 tahun, kongsi kisah waktu pertemuan pertama Syura jumpa peminat istimewa selepas 23 tahun, kongsi kisah waktu pertemuan pertama](https://negaramerdeka.com/wp-content/uploads/2023/06/WhatsApp-Image-2023-06-07-at-4.43.21-PM-1-e1686127507535.jpeg)
Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki dikenali Zaki Jinggo berasal dari Kuantan mengakui dirinya pernah menjalinkan hubungan percintaan dengan penyanyi, Syura Badron suatu ketika dahulu.
Bagaimanapun, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron menjelaskan ia dirinya sekadar bergurau sewaktu memanggil individu berkenaan naik ke atas pentas untuk menyanyi dan menari bersama.
@bonraiz Wajib tonton habis!! Sambungan Part -2 Zaki Jinggo.. Sejarah bercinta dengan Syura dan berlakon orang giilaa.. @Mat Lipat @Jacky TV @Uzainizain @MatDin #bonraizuproduction #funny #fyp #raya2023 #InspirasiRaya #legend #artist #content #comedy
Terbaharu, Syura berkongsi dia akhirnya dapat bertemu dengan individu berkenaan selepas 23 tahun selain teruja berkongsi semula kisah lama mereka sewaktu pertemuan tersebut.
@syurabadron86 Manis betul senyuman abang jinggo saya.. Sesuai sangat baju dan topi tu dengan abg jinggo kan.. guys.. jom sama2 kita doakan kesejahteraan abg jinggo, panjang umur, murah rezeki.. semoga abg jinggo berjumpa jodoh yg baik2.. jangan lupa syura ok ! ❤️ @Zaki Jinggo #syurajinggo #syurabadron
Syura berkata, meskipun Zaki merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) tetapi dia masih mengingati peristiwanya memegang bahu lelaki tersebut ketika membuat persembahan sekitar tahun 2000.
Malah, Zaki juga masih menyimpan gambar-gambar lamanya dalam pertemuan mereka pada Sabtu lalu dan Syura menghadiahkan sepasang baju buat lelaki berkenaan sebagai tanda kenangan.
Dalam pada itu, Syura mengatakan suaminya, Muhamad Farizat Ismail memberi sokongan buat dirinya untuk bertemu dengan peminat istimewa tersebut.
Tambah Syura, peminat tersebut juga mengetahui status dirinya sebagai seorang isteri dan tidak akan mengganggu rumah tangga selebriti berusia 36 tahun itu.