“Tak ada ciri-ciri yang dicari” – Rykarl Iskandar terkandas, tak lepas masuk Hero Remaja
Pelakon Rykarl Iskandar memang sudah dikenali ramai sebagai pelakon kanak-kanak yang amat hebat.
Kini di umurnya sudah masuk ke usia 18 tahun, Rykarl mahu keluar dari imej sebagai pelakon cilik, seiring dengan umurnya yang sudah remaja.
Antara usaha yang dilakukan oleh Rykarl ialah dengan menyertai rancangan Hero Remaja baru-baru ini.
Rykarl antara ratusan remaja yang menyertai program Hero Remaja pada tahun ini.
Namun ternyata rezeki tidak memihak kepadanya apabila namanya tidak terpilih untuk ke peringkat seterusnya.
Rykarl Iskandar tidak berjaya di ujibakat pencarian Hero Remaja itu.
Menerusi satu kenyataan di Mstar, Rykarl akur dengan keputusan pihak juri, dan langsung tidak menyesal mencuba nasib.
Katanya, kemungkinan dirinya tidak memenuhi beberapa kriteria yang dicari terutama dari segi fizikal.
“Saya sekarang dah lama tak keluar TV, bukan saya yang tak mahu, tetapi tak ada rezeki lagi.”
“Ataupun pihak produksi tak tahu nak letak saya sebagai watak apa. Umur dah 18 tahun, nak berlakon watak kanak-kanak pun tak sesuai dah.”
“Oleh itu, bagi saya, cubalah untuk sertai Hero Remaja.”
“Saya masuk untuk cuba cari spark yang baru. Saya ada fikir orang akan mengata macam kau ni dah artis kenapa nak masuk.”
Rykarl kemudian bercerita pengalamannya.
“Peringkat pertama ada ukur tinggi, berat dan ambil gambar. Lepas tu ambil nombor giliran, masuk peringkat kedua.”
“Masa tu saya jumpa Merqeen, dia perasan saya dia tanya apa kau buat sini. Saya pun tak tahu dia salah seorang juri.”
“Saya kata saya nak cuba je masuk.”
“Masa peringkat kedua, mereka minta saya berlakon. Kejap je tu, dorang kata dah cukuplah.”
“Lepas habis batch saya tu, mereka umumkan nama saya ada, lepaslah. Saya ingat dah kena balik, ingat tak dapat.”
Rykarl Iskandar kemudian terus ke peringkat ketiga dan telah bertemu dengan pelakon yang juga bekas peserta Hero Remaja iaitu Azhar Sulaiman.
“Masa peringkat ketiga, saya jumpa uncle Azhar Sulaiman, dia juri. Mula nak test saya berlakon, masa ni lagi panjang.”
“Azhar Sulaiman kata, kalau untuk ujian berlakon ni, dah tahu dah awak memang boleh.”
“Dia kata lagi, tapi awak tak ada ciri-ciri hero yang kami cari.”
“Itu maksudnya, saya belum cukup lagi, mungkin dari segi fizikal rasanya.”
“Dah tentu, nak cari seorang hero tu, lebih besar, lebih tinggi, saya pun fahamlah.”
“Kemudian uncle Azhar comfort saya, dia kata dulu pun dia pernah tak berjaya lepas audition, dia pun faham tentang dah lama tak dapat job.”
“Tapi bagi saya, dah sampai ke peringkat ketiga ini pun dah bersyukur.”
Jelas Rykarl lagi, selepas ini dia akan cuba untuk menukar imejnya terutama dari segi fizikal.
“Mesti saya nak cuba, mungkin akan pergi workout, lepas saya punya exam nanti.”
Ditanya sama ada dia akan cuba lagi sertai Hero Remaja di masa akan datang, ini jawapan dari Rykarl.
“Nanti lepas saya dah sado nanti, tengoklah rezeki macam mana. Kalau ada job, mungkin tak masuklah.”
“Sekarang ni saya sertai sebab orang dah tak nampak saya. Nak cari spark tu semula.”
“Last saya berlakon pun masa saya masih imej kenak-kanak, kini saya nak bawa nama saya di umur remaja, 18 tahun.”
Itulah kisah Rykarl Iskandar tentang cubaannya untuk sertai Hero Remaja.