Tak perlu siram selalu, petani kongsi kaedah tanam ketumbar tanpa guna tanah dalam botol plastik

Tak perlu siram selalu, petani kongsi kaedah tanam ketumbar tanpa guna tanah dalam botol plastik

 

Daun ketumbar, tak pernah yang di jual dalam kuantiti yang sikit. Beli sepaket RM1-2, pakai tak sampai suku dan selebihnya rosak begitu sahaja.

Menurut perkongsian Impian, bagi anda yang gemar bercucuk tanam, disarankan antara tanaman wajib di kebun mini anda adalah daun ketumbar.

Tak susah sebenarnya untuk tanam ketumbar. Ia boleh dibiak melalui keratan akar yang di beli dari pasar atau biji benih. Namun ingat, ketumbar antara tanaman yang tidak boleh terendam batang di dalam air.

Hal ini akan menyebabkan tanaman cepat mati. jadi, medium terbaik untuk pembiakkan daun ketumbar adalah pasir kerana ia tidak menyimpan kelembapan tempoh yang lama.

Seorang petani dari India tunjuk kaedah tanam ketumbar tanpa menggunakan tanah dalam botol plastik terpakai.

Menariknya, sistem yang dibina tidak menuntut penjagaan yang rumit terutamanya tugas untuk menyiram.

Bahan-bahan:

Biji benih ketumbar
Botol plastik terpakai
Pablles wash
pasir
paku
lilin
pisau

Cara-cara:

1. Rendam biji benih ketumbar di dalam air 48 jam (2 hari) dalam air bersih
2. Bersihkan botol plastik terpakai dan potong 2
3. Lubangkan bahagian atas botol termasuk pada penutup seabagai lubang saliran dengan menggunakan paku yang telah dipanaskan
4. Bersihkan pablles wash dan amsukkan ke dalam bekas yang telah dilubangkan tadi
5. Taburkan benih ketumbar yang telah di rendam dan tutup dengan lapisan pasir kasar sekurang-kurangnya 5mm tebal
6. Isikan air pada bahagian takungan hengga mencecah tengkuk penutup botol
7. Sembur air pada permukaaan semaian dan letakkan di ruang separa teduhan.
8. Untuk elak pembiakan alga yang mengotorkan air di dalam bekas takungaan, balut botol dengan menggunakan kertas atau aluminium foil
9. Tambah air di dalam bekas takunggan apabila berkurangan sahaja. Tidak perlu lakukan sebarang siraman lagi