Takut timbul fitnah, Datuk Red umum idah bekas isteri pertama dah selesai

Takut timbul fitnah, Datuk Red umum idah bekas isteri pertama dah selesai

 

Usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red memaklumkan tempoh idah bersama bekas isteri pertama iaitu  Sharifah Norshafila Hashim sudah tamat semalam.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Datuk Red berkata dia memberitahu perkara itu bimbang timbul salah faham serta tidak menyangka tempoh idah  berlalu begitu pantas.

“Hari ini (Sabtu) berakhir tempoh idah, tamatlah perkahwinan 19 tahun yang kami bina. Tidak sangka cepat habis tempoh edah. Saya kena umumkan ini kerana takut nanti kalau ada yang nampak dia keluar rumah menimbulkan fitnah pula.

“Selepas ini kalau nampak Fila (Sharifah) keluar berjalan-jalan-jalan, dia bukan tanggungjawab saya lagi,” katanya.

Sementara itu, Sharifah Norshafila yang turut ada bersama ketika itu pula menjelaskan dia telah melalui proses tiga kali suci haid seperti mengikut ketetapan hukum Islam.

Meskipun belum cukup tiga bulan bercerai, Sharifah berkata kiraan tempoh idah itu mengikut kitaran haid yang dilalui dua kali sebulan.

Dalam pada itu, Datuk Red juga akan membantu bekas isterinya mencari rezeki memandangkan Sharifah tidak mempunyai pendapatan tetap ketika ini.

“Buat masa sekarang ini, dia tiada kerja tetap dan saya akan cuba usaha mencari peluang pekerjaan seperti berniaga. Apabila sudah pegang status itu (ibu tunggal), masyarakat akan pandang serong.

“Nak cerita lebih pun, bukan perkara yang baik pun. Selepas ini, dia seperti burung yang boleh terbang tinggi dan boleh terbang ke mana sahaja dia mahu,” katanya.