Takziah!!! Ketua Pemuda PH meninggal dunia akibat Covid-19

Takziah!!! Ketua Pemuda PH meninggal dunia akibat Covid-19

KETUA Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir Mohd Ithnin, yang juga Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), meninggal dunia kerana Covid-19, pada Jumaat.

Berita kematiannya diumumkan menerusi satu hantaran di laman Facebook parti itu sebentar tadi.

“Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat dan rakan perjuangan kami, saudara Shazni Munir, Ketua Pemuda Amanah Nasional telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Mohon doa dan sokongan daripada semua agar keluarga beliau kuat lalui ujian ini,” demikian menurut kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Pemuda Amanah Nasional, ‘Asim ‘Abdullah, di laman berkenaan.

Allahyarham Shazni Munir terdahulu dilaporkan berminggu-minggu bertarung dengan Covid-19 kategori 5 dan berada dalam keadaan kritikal.

Isteri dan anak-anak Allahyarham juga positif dan sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sumber –MStar