Tempah baju Melayu, dapat kebaya
SEORANG lelaki meluahkan rasa keliru dengan baju Melayu yang diterimanya berikutan terdapat jahitan lisu atau dart pada pakaian berkenaan.
Lelaki tersebut dipercayai mengupah tukang jahit untuk membuat baju Melayu menjelang sambutan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.
Menerusi hantaran di Facebook Faqih Syakiran, dia memaparkan foto baju Melayu yang memiliki jahitan lisu pada bahagian belakang.
Jahitan tersebut yang lebih dikenali sebagai ‘dart’ lazimnya terdapat pada pakaian wanita bagi membentuk kontur badan seperti di dada dan pinggang.
“Dugaan raya, tak tahu ini baju Melayu ke baju kebaya?” seloroh Faqih.
Rata-rata terhibur dengan perkongsian tersebut dan beranggapan bahawa tukang jahit baju berkenaan secara tidak sengaja tersilap meletakkan jahitan terbabit.
“Pernah terfikir nak buat baju lelaki macam ini nampak ‘slim fit’.
“Bila tengok foto adik ini tergelak akak. Kalau tak naya akak pagi raya nanti,” kata Rzuera.
“Untung baju ini boleh kongsi suami isteri. Hari ini lelaki pakai baju Melayu, esok isteri pakai sebagai baju kurung. Bijak tukang jahit,” ujar Mimi.
“Aduh, baju pun keliru identiti. Dia boleh pula tersilap letak dart dekat baju engkau,” jelas Mastura.